Archive for the ‘AMAL Nisa'’ Category

Operasi Khidmat Masyarakat BIC-NISA’-AMAL

Sunday, July 25th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) BIC-NISA'-AMAL

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) BIC-NISA'-AMAL

AMAL Sarawak, 13 Syaaban 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Bintulu Iqra’ Center (BIC) dengan kerjasama Nisa’ Cawangan Bintulu dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah berjaya dijalankan pada Ahad, 25 Julai 2010 bersamaan 13 Syaaban 1431H bertempat di perkarangan Masjid Kampung Jepak, Bintulu.

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

Sekalung ucapan tahniah kepada jawatankuasa penganjuran kerana berjaya mengadakan program khidmat masyarakat ini dengan jayanya. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dan orang ramai yang memberi sokongan kepada usaha murni ini.

 

Semoga semua kerja buat ikhlas tuan/puan dicatatkan sebagai amal jariah dan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan dari Allah SWT. Jazakumullahu khairan kathiran, semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Ustaz Ibrahim Mat Isa (019-4535119), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Ziarah Ukhuwwah Hospital (Nisa’ Kindness 2010)

Sunday, February 28th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ziarah Hospital (Nisa' Kindness 2010)

 

AMAL Sarawak, 14 Rabi’ulAwwal 1431H: Alhamdulillah. Pada 28 Februari 2010, Nisa’ Bintulu dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC) dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah menganjurkan Ziarah Ukhuwwah ke Wad Wanita Hospital Bintulu. Rombongan disertai kira-kira 25 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan jurutera, guru dan juga mahasiswi yang berkhidmat di sekitar Bintulu. Semua sukarelawan Nisa’ berkumpul di premis BIC seawal 8.15 pagi untuk sesi taklimat sebelum bersama-sama bertolak ke hospital berkenaan.

 

Setibanya di wad tersebut, para sukarelawan diberi penerangan ringkas oleh jururawat bertugas sebelum menziarahi dan beramah mesra dengan para pesakit di wad berkenaan. Seramai 56 pesakit di Wad Wanita Hospital Bintulu menerima kunjungan mesra sukarelawan Nisa’ Bintulu.

 

Antara objektif utama ziarah ini dianjurkan adalah untuk membina ukhuwwah tanpa mengira kaum, bangsa mahupun latarbelakang individu. Program seumpama ini merupakan satu platform terbaik buat kaum wanita bersama-sama menjalankan aktiviti kebajikan di samping meningkatkan silaturrahim dengan masyarakat setempat.

 

Diharapkan ziarah kali ini menjadi pemangkin kepada usaha-usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan dakwah di Bumi Bintulu ini. Insya Allah.

 

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu pada masa akan datang, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Kursus Asas Montaj di Bintulu Iqra’ Center (BIC)

Wednesday, February 17th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Poster Kursus Asas Montaj

[Kepada sesiapa yang berminat untuk menghasilkan montaj, dijemput menyertai Kursus Asas Montaj pada 21 Februari 2010 di Bintulu Iqra' Center (BIC). Kursus yang akan diadakan ini adalah anjuran Unit ICT Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama BIC dan NISA' kawasan Bintulu. Bagi memudahkan proses P&P anda digalakkan membawa Laptop yang mengandungi beberapa gambar, lagu dan video. Semoga dengan pelaksanaan kursus ini memberi manfaat kepada kita semua.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Kelas Fardhu ‘Ain dan Iqra’ di Surau An-Nur

Sunday, February 14th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kelas Fardhu 'Ain dan Iqra' di Surau An-Nur, Sg Plan
  

AMAL Sarawak, 29 Safar 1431H: Alhamdulillah. Pada Ahad 14 Februari 2010, Nisa’ Bintulu dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC) dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah berjaya melaksanakan kelas Fardhu ‘Ain dan Iqra’, bertempat di Surau An-Nur, Sungai Plan, Bintulu.

 

Ustazah Nik Murshidah telah meluangkan masa untuk menjadi tenaga pengajar bagi kelas Fardhu Ain dan Iqra’ dengan dibantu oleh Puan Zaitun dan Puan Habibah. Kelas yang bermula pada jam 9 pagi hingga 11pagi itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat terutama kaum wanita.

 

Alhamdulillah, seramai 20 orang telah hadir untuk sama-sama berkongsi ilmu dan masing-masing menggunakan peluang bertemu dengan tenaga pengajar yang hadir untuk mempelajari selok belok agama Islam dan juga kaedah pembacaan al-Quran dengan betul.

 

Kelas pengajian ini merupakan program berkala Nisa’ Bintulu yang dijalankan seminggu sekali. Pihak Nisa’, Bintulu Iqra’ Center dan Yayasan AMAL Sarawak amat mengalu-alukan Muslimin dan Muslimat khususnya yang tinggal berhampiran Surau an-Nur untuk menghadiri program ini pada masa akan datang.

 

Untuk maklumat terkini berkenaan kelas tersebut, boleh menghubungi Ustazah Fazliana - 0125335012 atau Saudari Hafsah Mardhiah - 0199805803.

 

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu pada masa akan datang, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

AMAL Teruskan Program Tarbiah Ruhiah Bulanan

Thursday, January 14th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Program Tarbiah Ruhiah Bulanan

AMAL Sarawak, 28 Muharram 1431H: Alhamdulillah. Pada 14 Januari 2010, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Bintulu) telah meneruskan Program Tarbiah Ruhiah Bulanan di Bintulu. Program ini telah berjaya dilaksanakan di Surau An-Nur, Sungai Plan yang juga dikenali sebagai Surau MACMA.

 

Program yang dianjurkan dengan usahasama Bintulu Iqra’ Center (BIC), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Bintulu dan NISA Bintulu ini telah mengumpulkan komuniti Saudara Baru, penduduk sekitar dan sukarelawan AMAL dan NISA. Melalui program ini, AMAL Sarawak mengajak sukarelawannya untuk berpuasa sunat Khamis dan seterusnya berbuka puasa bersama.

 

Program pada bulan ini turut meraikan kepulangan pasangan sukarelawan AMAL Sarawak dari menunaikan ibadah Haji yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Mat dan Kak Jan. Majlis ini juga diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah terkenal Bintulu iaitu Ustaz Salehuddin Abu Samah.

 

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini, begitu juga dengan para hadirin yang telah menjayakan program Tarbiah Ruhiah Bulanan. Semoga Allah menerima amalan ikhlas kita semua. Amiin Ya Rabb!

 

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu pada masa akan datang, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Bengkel Penghayatan Solat (Nisa’ Kindness 2009)

Sunday, November 8th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Bengkel Penghayatan Solat (Nisa' Kindness 2009)

 

AMAL Sarawak, 20 Dzulkaedah 1430H: Alhamdulillah. Pada 8 November 2009, Nisa’ Bintulu dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC) dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah menganjurkan Bengkel Penghayatan Solat (BPS) di Kampung Penan Muslim Batu 12 1/2 Bintulu. Seramai kira-kira 15 orang penduduk kampung tersebut menyertai bengkel ini.

 

Sukarelawan Nisa’ berkumpul di Masjid As-Syakirin pada jam 8 pagi sebelum memulakan perjalanan ke sana. Taklimat program disampaikan oleh Puan Zaiton bt Mat Said selaku Pengarah Program. Taklimat diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Tuan Haji Bakar selaku Penasihat BIC.

 

Program bermula pada jam 9.45 pagi yang dimulai dengan bacaan Doa oleh Cik Norhuda bt Abdullah dan diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan Puan Zaiton bt Mat Said, Pengarah BPS kali ini. Program diserikan lagi dengan tayangan video mengenai kepentingan solat.

 

Sesi ceramah pertama program ini menyentuh mengenai Wudhu yang disampaikan oleh Ustazah Norhaslina bt Ahmad Untong. Ceramah kedua yang disampaikan oleh Ustazah Fadzliana bt Wahab pula membincangkan tentang Solat. Selesai kedua-dua sesi ceramah, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh 2 orang fasilitator. Dalam kumpulan kecil ini, peserta diberikan penjelasan dengan lebih lanjut mengenai ibadah wajib ini.

 

Sebelum program berakhir, sedikit sumbangan diberikan kepada penduduk kampung tersebut, yang disampaikan oleh Tuan Haji Bakar. Tidak dilupakan juga, penyampaian cenderahati kepada semua peserta bengkel. Moga amalan yang sedikit ini diterima Allah.

 

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu pada masa akan datang, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH” 

AMAL & NISA’ Berambeh Di Kpg Pejuang, Sibuti

Monday, August 17th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ziarah Mahabbah AMAL & NISA' Berambeh 2009

 

AMAL Sarawak, 25 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan NISA’ Kawasan Miri dengan kerjasama FELCRA telah mengadakan Ziarah Mahabbah dan Nisa’ Berambeh ke Kampung Pejuang Kelulit, Sibuti pada 16 Ogos 2009. Seramai lebih 30 sukarelawan AMAL dan NISA’ telah mengikuti program bersama masyarakat 4 buah kampung iaitu Kampung Pejuang, Kampung Padang, Kampung Kuala Sibuti dan Kampung Sulap Lada yang terletak kira-kira 80km dari Bandaraya Miri.

 

Program yang bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga Asar ini telah diisi dengan aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak seperti Senaman, Tarik Upih, Isi Air Dalam Botol dan Kerusi Berirama. Manakala bagi kaum ibu pula, antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Menganyam Ketupat, Boling Kelapa dan Anugerah Khas Kaum Ibu. Selain itu, di akhir program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah menyampaikan Sumbangan Menjelang Ramadhan kepada 36 orang ibu tunggal dan 4 keluarga anak yatim.

 

Antara tetamu yang hadir di dalam program tersebut ialah Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Saudara Muhtar Suhaili, Penasihat NISA’ Kawasan Miri Ustazah Hasnita Mohd Rejab, Penghulu Tuan Jonit Molok, Ketua Kampung Pejuang Encik Hamdan Kahar, Pengarah Karnival AMAL Merdeka 2009 Saudara Mohd Azwani Abdul Rani, Pengarah NISA’ Berambeh Saudari Bazilah Basar beserta suami Saudara Mohd Arifiriazul Paijo dan sukarelawan-sukarelawan AMAL dan NISA’. (more…)

AMAL Sarawak Anjur Sehari Bersama NISA’ 2009

Sunday, April 26th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 30 Rabi’uts Tsani 1430H: Alhamdulillah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Miri) di bawah Unit Wanita & Kekeluargaan dengan kerjasama Nisa’ Cawangan Miri telah berjaya menganjurkan program Sehari Bersama Nisa’ bertempat di Taman Permainan Piasau, Bandaraya Miri pada 26 April 2009. Program yang dimulakan pada 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari ini telah berjaya menarik hampir 200 orang masyarakat setempat terdiri daripada kanak-kanak, para pelajar, ibubapa dan dewasa.

 

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur untuk mendekati masyarakat setempat. Antaranya termasuklah sukaneka, pertandingan terbuka mewarna untuk kanak-kanak, pameran dan pemeriksaan kesihatan, forum kesihatan wanita, pertandingan gubahan barangan terpakai serta jualan. Program tersebut telah mendapat kerjasama yang baik dari Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Piasau. Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang di majlis penutup pada lewat tengahari. (more…)