Archive for the ‘AMAL Ilmiah’ Category

Siri Mengilmukan Diri & Memandaikan Masyarakat

Friday, July 9th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Seminar Kefahaman Tasawuf Julai 2010

[Seminar Kefahaman Islam - Penghayatan Tasawwuf dan Pemantapan Aqidah @ Miri, 10-11 Julai 2010. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Bina Budi Malaysia (BUDI) dan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak. Penyertaan PERCUMA. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.]

Siri Ceramah Ustaz Hasanuddin di Miri

[Siri Ceramah Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif) @ Miri, 11-13 Julai 2010. Program ini adalah anjuran bersama Aqsa Syarif Miri, JIM Miri, IKRAM Miri dan Jawatankuasa Masjid-masjid Miri. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. Palestin Tanggungjawab Kita Bersama!. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Diskusi AMAL Palestin, Perjuangan Satu Ummah!

Tuesday, June 22nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Diskusi Palestin 1431H

Diskusi Palestin 1431H

[Diskusi AMAL: "Airmata Palestin, Perjuangan Satu Ummah". Program anjuran bersama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Masjid An-Na'im Lutong, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Miri dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP). Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke majlis jihad ini. Kutipan Dana Palestin juga akan diadakan. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Siri Mengilmukan Diri & Memandaikan Masyarakat

Tuesday, June 22nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ceramah Dr Danial Zainal Abidin di Bintulu Jun 2010

[Ceramah Dr Danial Zainal Abidin @ Bintulu, 26-27 Jun 2010. Program ini adalah anjuran bersama JAKSA, JAIS, JIM, PPI SMK Bandar,  UPMKB, Masjid Assyakirin, Masjid Darul Hidayah dan Tabung Baitulmal Sarawak. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.]

Ceramah Ustaz Zaharudin @ Miri 26-27hb Jun 2010

[Bicara Ilmiah Bersama Ustaz Hj Zaharuddin Abdul Rahman @ Miri, 26-27 Jun 2010. Program ini adalah anjuran bersama JAKIM, JAIS, PERKIM, Pustaka Miri, Masjid Darul Ehsan dan Tabung Baitulmal Sarawak. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. Masuk PERCUMA. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Tamrin Belia: Citra Ibadah Pesona Muslim 2010

Sunday, May 16th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Citra Ibadah Siri 2

Citra Ibadah Pesona Muslim 2010

AMAL Sarawak, 2 Jamadil Akhir 1431H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

  

Alhamdulillah, program Citra Ibadah Pesona Muslim Sesi 2010 telah berjaya dilangsungkan pada 14-16 Mei 2010 yang lalu. Tamrin atau Latihan Kepimpinan dan Dakwah ini merupakan hasil jalinan kerjasama yang erat antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.

  

Program 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Teratak Al-’Amalulillah, Kampung Muhibbah, Niah, Miri, Sarawak. Seramai 74 peserta terdiri daripada para pelatih IKBN telah menyertai pelbagai aktiviti menarik dan mencabar yang telah disusun sebagai modul kepimpinan belia. Antaranya termasuklah slot Ceramah dan Kuliah Dasar, LDK, Sesi Muhasabah, Kembara Alam, Kembara Malam dan sesi riadhah. Sukarelawan AMAL Sarawak dari Miri telah memberi komitmen jitu sebagai fasilitator bersama kakitangan IKBN dan penduduk kampung dalam menjayakan misi kali ini.

  

Antara objektif program berorientasikan ReThink, ReFocus, ReLearn, ReEnergize ini dilaksanakan termasuklah:

 

  1. Mengenal, memahami dan sekaligus dapat memanifestasikan erti kecemerlangan insan yang sebenar
  2. Melestarikan kemahuan membara (burning desire) serta meningkatkan nyala rasa, kekuatan semangat dan ketahanan diri untuk mencapai kecemerlangan berlandaskan persoalan 4W 1H: What, Why, When, Where, How?.
  3. Memantapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri belia dan sekaligus membentuk jati diri yang mantap serta berjiwa besar
  4. Penerapan unsur-unsur penghayatan Islam yang syumul khususnya dalam penguasaan ilmu pengetahuan (fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) pada diri belia.

  

Insya Allah, riang tawa, air mata, suka duka dan pelbagai rasa-rasa yang dikongsi bersama antara urusetia, fasilitator dan peserta akan menjadi memori indah yang tidak akan dilupakan. Mudah-mudahan ianya akan membawa khair (kebaikan) ke arah kecemerlangan dunia dan Akhirat. (more…)

Kem Anak Soleh 2010 di Masjid Al-Muhajirin

Thursday, April 29th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak, 14 Jamadil Awwal 1431H: Alhamdulillah, pada 24-25 April 2010 bersamaan 9-10 Jamadil Awwal 1431H, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah berjaya menganjurkan Kem Anak Soleh 2010 di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya, Kuching. 

 

Alhamdulillah, program Kem Anak Soleh 2010 ini berjaya menarik sekitar 90 orang peserta untuk menghadirinya. Secara ringkas, berikut merupakan Jadual Program tersebut:

 

Sabtu (24 April 2010)

8.30 mlm : Pendaftaran

9.00 mlm : Taklimat Program

9.15 mlm : Pecah Bendung

10.30 mlm : Minum malam

11.00 mlm : Muhasabah diri

Oleh : Ust Mohd Nazmi Abd Ghani, IPTAR

12.00 mlm : Tidur

 

Ahad (25 April 2010) 

 

3. 30 pg : Khidmat diri

4.00 pg : Qiamullail

5.15 pg : Solat Subuh Berjemaah/ Mathurat

6.00 pg : Kuliah Subuh

7.00 pg : Riadhah Pagi/ Sarapan

8.00 p : Ceramah Motivasi

Oleh : Hj Yasmin b Hashim, SM St Teresa

9.45 pg : Minum Pagi

10.15 pg : Bengkel Solat

12.30 pg : Makan tengahari/ Solat Zohor

2.00 ptg : Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)

3.15 ptg : Majlis Penutup

4.00 ptg : Solat Asar Berjemaah

4.30 ptg : Bersurai

 

Sebagai perkongsian, berikut disertakan sebahagian gambar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan: (more…)

Kuliah Cinta Perdana Bersama Ustaz Hj Zulkifli

Friday, April 16th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kuliah Cinta Perdana 1431H

Kuliah Cinta Perdana 1431H

[Kuliah Cinta Perdana - "Mengemis Cinta Allah, Mengharap Cinta Rasul, Memacu Kesempurnaan Iman". Program anjuran bersama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri dan Masjid Darul Ehsan, Piasau. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir meramaikan majlis ilmu ini. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Siri Program Penghayatan Maulidur Rasul 1431H

Tuesday, March 9th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kempen Cintai Rasulullah SAW

Ceramah Maulidur Rasul 1431H @ Miri

Forum Maulidur Rasul 1431H @ Miri

AMAL Sarawak, 23 Rabi’ulAwwal 1431H: Alhamdulillah. Mencintai Rasulullah SAW merupakan kewajipan bagi setiap Muslim. Orang yang mencintai Rasulullah SAW adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan Sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

“Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (Surah At-Taubah, ayat 24).

 

 

Ini semuanya kerana mengharapkan ampunan Allah SWT:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”" (Surah Aali Imran, ayat 31)

 

 

Alhamdulillah, sebagai usaha ke arah Penghayatan Maulidur Rasul 1431H, Jawatankuasan Tetap Aktiviti Islam Miri (JATAIM), Pejabat Agama Islam JAIS Bahagian Miri, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak, Pejabat Pelajaran Daerah Miri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Unit Miri dan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Miri telah bekerjasama menganjurkan Forum-forum Perdana, Siri-siri Ceramah, Ziarah Dakwah dan Cabaran Futsal antara Masjid-Surau di sekitar Bandaraya Miri.

 

Alhamdulillah, program-program yang telah dianjurkan termasuklah:

 

(more…)

Forum Ar-Rasul Qudwatuna (Rasul Ikutan Kita)

Tuesday, March 2nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Maulidur Rasul 1431H @ Kuching

AMAL Sarawak, 16 Rabi’ulAwwal 1431H: Alhamdulillah. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang Maha Ar-Rahman dan Ar-Rahim:

“Dan Kami mengutuskan kepada setiap ummat itu Rasul (yang menyeru) hendaklah kamu menyembah Allah dan menjauhi taghut.”(Surah An-Nahl, ayat 36)

 

“Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.” (Surah Al-Ahzab, ayat 21).

 

Alhamdulillah, sebagai Penghayatan Maulidur Rasul 1431H, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam di sekitar Bandaraya Kuching.  Sebanyak 2 program Forum Perdana telah dianjurkan seperti berikut:

 

Forum Perdana Ehwal Islam 1:

 

Tarikh: 26 Februari 2010 (Jumaat), 9.00 pagi
Tempat: Masjid Kampung Sg Lumut
Moderator Forum:

Ustaz Mohd Nazmi b Abd Ghani,

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Samarahan
Ahli Panel Forum:

1. Ustaz Shahrul Ramadhan, Pensyarah Kolej Komuniti
2. Ustaz Noreffendi Da’an, GPI SMK St Teresa

3. Ustazah Julia Muhammadin, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

 

Forum Perdana Ehwal Islam 2:

   

Tarikh: 28 Februari 2010 (Ahad), Selepas Solat Subuh
Tempat: Masjid At-Taqwa, Gita
Moderator Forum:

Ustaz Mohd Nazmi b Abd Ghani,

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Samarahan
Ahli Panel Forum:

1. Ustaz Afnan Faiz Ridzuan b Ahmad, GPI SM Teknik Kuching
2. Ustaz Muhammad b Ismail, Guru J-QAF SK Che Buyong
3. Hj Yasmin b Hasyim, Guru Sejarah SMK St Teresa

 

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

 

Mudah-mudahan program forum yang telah dianjurkan memberi kefahaman terhadap kerasulan Muhammad SAW dan menambahkan keimanan kepadanya dengan mencontohi dan mengikuti kepemimpinannya. Seandainya umat Islam tidak kembali kepada hakikat ini yakni kembali menghayati Sunnah baginda, maka umat Islam akan terus menjadi seperti buih di permukaan air. Akan tetapi seandainya kita menjadikan Rasulullah sebagai Qudwatuna (Ikutan Kita), maka umat Islam akan kembali disegani dan mampu menjadi arus yang kuat untuk menumpaskan jahiliyyah moden!

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Kuching pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Mohd Nor (019-8574578), Saudara Abdul Aziz (019-8874784), Saudara Syamsul Bahri (019-9617951), Ustaz Afnan Faiz Ridzuan (013-3789411) atau layari laman web www.amalsarawak.net

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Kursus Asas Montaj di Bintulu Iqra’ Center (BIC)

Wednesday, February 17th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Poster Kursus Asas Montaj

[Kepada sesiapa yang berminat untuk menghasilkan montaj, dijemput menyertai Kursus Asas Montaj pada 21 Februari 2010 di Bintulu Iqra' Center (BIC). Kursus yang akan diadakan ini adalah anjuran Unit ICT Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama BIC dan NISA' kawasan Bintulu. Bagi memudahkan proses P&P anda digalakkan membawa Laptop yang mengandungi beberapa gambar, lagu dan video. Semoga dengan pelaksanaan kursus ini memberi manfaat kepada kita semua.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Kelas Fardhu ‘Ain dan Iqra’ di Surau An-Nur

Sunday, February 14th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kelas Fardhu 'Ain dan Iqra' di Surau An-Nur, Sg Plan
  

AMAL Sarawak, 29 Safar 1431H: Alhamdulillah. Pada Ahad 14 Februari 2010, Nisa’ Bintulu dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC) dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah berjaya melaksanakan kelas Fardhu ‘Ain dan Iqra’, bertempat di Surau An-Nur, Sungai Plan, Bintulu.

 

Ustazah Nik Murshidah telah meluangkan masa untuk menjadi tenaga pengajar bagi kelas Fardhu Ain dan Iqra’ dengan dibantu oleh Puan Zaitun dan Puan Habibah. Kelas yang bermula pada jam 9 pagi hingga 11pagi itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat terutama kaum wanita.

 

Alhamdulillah, seramai 20 orang telah hadir untuk sama-sama berkongsi ilmu dan masing-masing menggunakan peluang bertemu dengan tenaga pengajar yang hadir untuk mempelajari selok belok agama Islam dan juga kaedah pembacaan al-Quran dengan betul.

 

Kelas pengajian ini merupakan program berkala Nisa’ Bintulu yang dijalankan seminggu sekali. Pihak Nisa’, Bintulu Iqra’ Center dan Yayasan AMAL Sarawak amat mengalu-alukan Muslimin dan Muslimat khususnya yang tinggal berhampiran Surau an-Nur untuk menghadiri program ini pada masa akan datang.

 

Untuk maklumat terkini berkenaan kelas tersebut, boleh menghubungi Ustazah Fazliana - 0125335012 atau Saudari Hafsah Mardhiah - 0199805803.

 

Sila klik di sini untuk foto-foto program »».

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu pada masa akan datang, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Program Talaqqi Kitab & Kelas Bahasa Arab

Wednesday, January 27th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kelas Pengajian Bahasa Arab

“Gambar: Kelas Bahasa Arab Dewasa AMAL Sarawak di Miri”

AMAL Sarawak, Miri, 27 Safar 1430H: Sheikh Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan:

“Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur di dalam Bahasa ‘Arab yang betul kerana Bahasa ‘Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.” 

 

Alhamdulillah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Kuching) akan mengadakan Program Talaqqi Kitab & Kelas Bahasa Arab seperti maklumat berikut:

PROGRAM TALAQQI KITAB

Program Talaqqi Kitab Fiqh akan diadakan setiap pagi Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Program ini bermula pada 24 Januari 2010 dengan tenaga pengajar ialah Ustaz Anuar bin Jusoh, Guru J-QAF SK Rakyat Jln Hj Bolhassan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar dan bekas pelajar Pusat Pengajian Pondok Moden, Yayasan Islam Kelantan. Terbuka kepada semua masyarakat Islam dan tiada yuran dikenakan. PERCUMA. Berminat sila hubungi @ sms ke no 013-3789411 (Ustaz Afnan Faiz Ridzuan).

KELAS BAHASA ARAB

Kelas Tuisyen Bahasa Arab khas untuk murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah akan diadakan bermula bulan Februari ini. Kelas untuk murid Sekolah Rendah akan diadakan pada setiap hari Ahad mulai pukul 7.30 hingga 9.30 malam. Kelas pertama akan bermula pada 7 Februari 2010. Manakala kelas untuk pelajar Sekolah Menengah akan diadakan pada setiap hari Isnin mulai pukul 7.30 hingga 9.30 malam. Kelas pertama akan bermula pada 1 Februari 2010. Tenaga pengajar ialah Ustaz Muhammad bin Ismail lulusan Universiti Al-Azhar serta pernah mengikuti Kursus Bahasa Arab di Negara Oman. Yuran pendaftaran sejumlah RM10 dan yuran bulanan sejumlah RM15 dikenakan kepada peserta. Sila daftar segera. Tempat adalah terhad. Berminat sila hubungi @ sms ke no 013-3789411 (Ustaz Afnan Faiz Ridzuan).

Sila rujuk juga: Kelas Pengajian Bahasa Arab Kelolaan AMAL S’wak.

Semoga inisiatif ini akan menjadi sebahagian daripada usaha menambahkan kefahaman ilmu agama dalam kalangan pelajar sekolah dan sekaligus pemerkasaan kaderisasi dakwah. Ya Allah, bimbinglah kami dengan hikmah ilmuMu dalam memperjuangkan agamaMu! Amiin.

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Kuching pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Mohd Nor (019-8574578), Saudara Abdul Aziz (019-8874784), Saudara Syamsul Bahri (019-9617951) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

Wallahu a’lam bissawab.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Usrah Gabungan & Hari Keluarga AMAL Sarawak

Tuesday, January 26th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Hari Keluarga AMAL Sarawak 2010

Hari Keluarga AMAL Sarawak 2010

AMAL Sarawak, 10 Safar 1431H: Alhamdulillah! Sesungguhnya Allah SWT menjadikan orang-orang beriman itu bersaudara. FirmanNya di dalam Al-Qur’an Al-Kariim:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

“Muhammad adalah Rasulullah. Dan mereka yang bersamanya amat tegas terhadap orang-orang kafir dan amat pengasih sesama mereka….” (Surah al-Fath, ayat 29).

 

 

Alhamdulillah, lebih 70 orang sukarelawan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah hadir mengikuti Usrah Gabungan dan berkampung memeriahkan Hari Keluarga AMAL Sarawak 2010 yang telah diadakan dengan jayanya pada 23-24 Januari 2010 bersamaan 7-8 Safar 1431H bertempat di Taman Negara Niah. Lebih menarik program 2 hari satu malam ini selain diikuti oleh sukarelawan AMAL dari Miri, Bintulu, Kuching dan Limbang, ia turut disertai oleh sahabat-sahabat seperjuangan dari negara jiran, Brunei Darussalam.

 

Program pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 bermula pada jam 12.00 tengahari dengan pendaftaran peserta dan urusan penginapan. Setelah urusan pendaftaran selesai, program diteruskan dengan Majlis Perasmian oleh Penasihat AMAL Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraeei sebelum Taujihat Perdana oleh Dr. Daeng Sanusi yang memberi input bermakna dalam merencana dan menggerakkan usaha dakwah dalam masyarakat. Beliau juga menekankan betapa pentingnya du’at sensitif dengan isu-isu semasa agar dapat menyampaikan mesej Islam dengan lebih berkesan. (more…)

400 hadiri Forum Perdana di Masjid Al-Jabbar

Tuesday, January 26th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Ma'al Hijrah 1431H

[Laporan Forum Perdana di Utusan Borneo, 26 Januari 2010.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Forum Perdana Ehwal Islam Di Masjid Al-Jabbar

Tuesday, January 19th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Ma'al Hijrah 1431H

[Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah" akan diadakan pada hari Ahad, 24 Januari 2010/ 8 Safar 1431H bertempat di Masjid Al-Jabbar, Niah. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Lembaga Amanah Kebajikan Islam Niah, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak, BaitulMal Sarawak, Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Daerah Subis (MDS) dan Jawatankuasa Masjid Al-Jabbar. Seluruh Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

AMAL Sarawak Sertai Dialog Islam dan Demokrasi

Sunday, November 1st, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Dialog Islam dan Demokrasi di Malaysia

AMAL Sarawak, 13 Dzulkaedah 1430H: Alhamdulillah! Pada 1 November 2009, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah dijemput untuk menyertai  Dailog “Isu-isu Islam dan Demokrasi di Malaysia” yang diadakan di Hilton Kuching. AMAL Cawangan Sarawak telah diwakili oleh Saudara Abdul Aziz Mohamad, Saudara Mohd Nor, Saudara Syamsul Bahrie, Ustazah Meriyusnita dan Puan Wan Haninah.

 

ISTAC dan IAIS sebagai institusi pengkaji menerusi Merdeka Center sebagai pelaksana merupakan penganjur siri program dialog “Islam dan Demokrasi di Malaysia” ini. Objektif utama dialog ini adalah untuk mendapat pandangan beberapa segmen masyarakat terhadap isu-isu mengenai urus-tadbir kerajaan yang baik, hak-hak minoriti dan wanita serta sikap toleransi agama dalam konteks kemajmukan di Malaysia pada hari ini. Dialog ini telah dihadiri pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, pegawai kerajaan, pertubuhan agama, perniagaan dan individu dari seluruh negeri Sarawak.

 

MAKLUMAT BERKAITAN KAJIAN ISLAM DAN DEMOKRASI

 

1.0 ORGANISASI TERLIBAT

 

International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)

 

Ditubuhkan pada 27 Februari 1987. Dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri ketika itu pada 4 Oktober 1991 sebagai badan penyelidikan dan institusi pengajian siswazah dalam bidang Ketamadunan Islam dan Sains Islam.

 

International Institute of Advanced Islamic Study (IAIS) Malaysia

 

Beroperasi di Kuala Lumpur, IAIS Malaysia adalah sebuah institusi bukan kerajaan yang mendapat dana daripada kerajaan Malaysia untuk kerja-kerja penyelidikan berkaitan. Kajian yang ada meliputi hal ehwal Islam dan isu-isu semasa. Fokus IAIS adalah kepada pembangunan intelektual berasaskan prinsip dan doktrin Islam.

 

Merdeka Center for Opinion Research (Merdeka Center)

 

Merdeka Center adalah sebuah syarikat kajiselidik bebas yang telah ditubuhkan pada tahun 2001 bagi mengendalikan kajian ke atas pendapat umum dan menyediakan maklumat sokongan untuk sektor korporat, kerajaan dan agensi-agensi awam. Misi Merdeka Center adalah untuk menjambatani rakyat Malaysia dengan pembuat dasar melalui dapatan kajian di lapangan. (more…)

Laporan Program Semarak Wahyu 1430H

Sunday, September 6th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Program Semarak Wahyu 1430H

 

AMAL Sarawak, 16 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Program Semarak Wahyu dan Ceramah Perdana bersama Ustaz Wan Shohor Bani Leman sempena Majlis Penutupan Rasmi Karnival AMAL Merdeka 2009 Edisi Ramadhan 1430H berjaya dianjurkan dengan jayanya pada 5-6 September 2009 bertempat di Masjid At-Taqwa Miri. Program ini merupakan anjuran bersama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tabung Baitulmal Sarawak dan Masjid At-Taqwa Miri. Program ini sekaligus menjadi sebahagian daripada Sambutan Nuzul Al-Qur’an peringkat Bahagian Miri kelolaan Pejabat Agama Islam Bahagian Miri.

 

Sempena dengan program ini juga, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah menyerahkan sumbangan Hari Raya sebanyak RM2,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak untuk diagihkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan di sekitar Miri. Selain itu, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri pula telah menyumbangkan sebanyak RM9,151.45 kepada Kompleks Kebajikan Hamidah, Lembaga Kebajikan Yayasan Anak Yatim Sarawak. Puan Marini Juraibi, Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Miri telah hadir menerima sumbangan dari AMAL Sarawak yang diserahkan oleh Pengerusinya Saudara Muhtar Hj Suhaili, manakala Puan Hajjah Juliyanah Abdul Hamid, Pengurus Besar Kompleks Kebajikan Hamidah hadir menerima replika cek dari Encik Awang @ Ahmad Ibrahim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Miri dengan diiringi oleh Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob, Pengerusi Task Force Kecemerlangan Miri.

 

Sementara itu, Ustaz Wan Shohor Bani Leman di dalam ceramahnya yang bertajuk “Al-Qur’an Memerdekakan Manusia” telah mengajak hadirin yang dianggarkan mencecah lebih 500 orang untuk kembali ber’amal dengan hukum Al-Qur’an dan As-Sunnah. Menurut beliau, sekiranya umat Islam mengamalkan kehidupan menurut tuntutan Islam yang sempurna, maka mereka mampu membina tamadun yang tinggi sepertimana yang pernah dicapai oleh generasi unggul Islam pada masa yang silam. Ramadhan merupakan bulan terbaik untuk masyarakat Islam memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mudah-mudahan dengan ini mereka akan mencapai merdeka yang hakiki. Seterusnya, Ustaz Wan Shohor menegaskan betapa pentingnya umat Islam mengamalkan keseluruhan secara bersepadu ajaran Nabi Muhammad SAW yang syumul (lengkap merangkumi semua aspek kehidupan) kerana baginda merupakan contoh teladan terbaik sepanjang zaman. Dengan mengikuti ajaran Rasul, maka semua manusia akan selamat dalam kehidupan di dunia dan Akhirat.

 

(more…)

Laporan Forum Khas “Ramadhan & Kemerdekaan”

Tuesday, September 1st, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Ramadhan dan Kemerdekaan

 

AMAL Sarawak, 11 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid An-Na’im Lutong telah menganjurkan Forum Perdana Khas “Ramadhan & Kemerdekaan” yang diadakan di Masjid An-Na’im Lutong, Miri pada Isnin, 31 Ogos 2009. Program tersebut telah dihadiri oleh Ayahanda Temenggong Haji Abdul Rahman Fadzail, Tuan Haji Sabri Bojeng (Pengerusi Masjid An-Na’im), masyarakat di sekitar Lutong dan sukarelawan-sukarelawan AMAL. Program bermula pada pukul 4.00 petang sejurus selepas Solat Asar dan tamat pada pukul 10.00 malam.

 

Program tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Nik Mohd Shazmizi Nik Sin dari Kolej TDT Hj Bujang dan Saudara Mohd Arifiriazul Paijo (iPerintis Sdn Bhd) bertindak sebagai moderator forum. Ahli panel yang telah dijemput khas ialah Ustaz Salehuddin Abu Samah (Guru JQAF SK Kidurong, Bintulu) dan Ustaz Hj Afnan Faiz Ridzuan Hj Ahmad (Guru Pendidikan Islam SM Teknik, Kuching).
 
Acara tersebut dimulai dengan ucapan alu-aluan dan taklimat Tabung Saudara Kita dan Infaq Ramadhan oleh Saudara Muhtar Hj Suhaili, Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Selepas itu pengerusi majlis telah menyerahkan moderator forum untuk meneruskan acara forum bersama ahli panel yang mengupas tema “Makna Hakiki Ramadhan dan Kemerdekaan“.
 
Selesai forum, Temenggong Haji Abdul Rahman Fadzail telah sudi melaksanakan simbolik pelancaran Tabung Saudara Kita dan Infaq Ramadhan peringkat Kawasan Lutong. Program seterusnya diikuti dengan majlis berbuka puasa dan berakhir sekitar 10.00 malam dengan moreh. (more…)