Archive for the ‘AMAL Malaysia’ Category

AMAL Malaysia Sertai Konvoi ke Gaza, Palestin

Sunday, June 6th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Lifeline4gaza

Misi AMAL ke Gaza 2010

Kapal Mavi Marmara Menuju ke Gaza

Mavi Marmara Diserang Israel Laknatullah

 

 

Peserta Konvoi ke GAZA dari Malaysia Diumumkan

    

AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 15 Mei 2010: Alhamdulillah, Seketariat Lifeline4Gaza “Life Line For Gaza  - Talian Hayat Untuk Gaza”  (http://www.lifeline4gaza.org/) hari ini mengumumkan senarai peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai konvoi kapal laut terbesar yang akan menerobos sekatan ke atas Semenanjung Gaza dalam misi terdekat.

 

Semua permohonan untuk menyertai konvoi ini disaring dan dipilih oleh pihak penganjur utama konvoi, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) iaitu sebuah NGO yang berpengkalan di Turki.

 

Konvoi dari Malaysia akan diketuai oleh Sdr Noorazman bin Mohd Samsuddin yang juga merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin dan Pengarah Projek Lifeline4Gaza di Malaysia.

 

Berikut ini disenaraikan nama-nama mereka yang dipilih oleh IHH untuk ke GAZA:

 

1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi - HALUAN Palestin)
2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal (HALUAN Palestin)
3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan (HALUAN Palestin)
4. Dr Selamat Bin Aliman (Jamaah Islah Malaysia)
5. Jamuliddin Bin Elias (Yayasan AMAL Malaysia)
6. Ustaz Al Hami Husain Bin Suhaimi (HALUAN Palestin)
7. Mohd Nizam Bin Mohamad (HALUAN Palestin)
8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Muslim Care)

9. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif Bhd)

 

Dua lagi slot untuk wakil media telah dikhususkan untuk media - Astro Awani & TV3, tetapi setakat pengumuman ini dikeluarkan, penyertaan daripada TV3 masih belum muktamad.

 

Perkembangan terkini konvoi boleh diikuti melalui saluran media projek Lifeline4Gaza iaitu Radio IKIM.fm, Sinar Harian, ILuvIslam dan TV3.

 

Peserta konvoi akan diberikan taklimat pada 16hb Mei.  Satu sidang akhbar akan diadakan pada 18hb Mei pada masa dan tempat yang akan diumumkan kelak.

 

Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.

 

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

 

 

Demikian antara amanat yang ditinggalkan oleh Ketua misi konvoi Lifeline4Gaza dari Malaysia ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin yang akan berangkat ke Turki pada 19hb Mei nanti.  Amanat tersebut dibuat selepas senarai peserta konvoi dari Malaysia diumumkan.

 

(more…)

AMAL S’wak Caw. Terbaik Dakwah & Kemanusiaan

Sunday, April 11th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Malaysia, Kpg Baru KL, 11 April 2010: Alhamdulillah! Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam AMAL sempena 1 dekad (10 tahun) usia organisasi AMAL Malaysia dan sekaligus pelancaran Penubuhan Pusat Dakwah Serantau (PDS) pada 11 April 2010 bersamaan 27 Rabi’ul Akhir 1431H bertempat di Hotel KL International, Kuala Lumpur.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis dan diikuti persembahan nasyid dari kumpulan Shoutul AMAL yang didatangkan khas dari Terengganu. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan Presiden Yayasan AMAL Malaysia, Yang Berbahagia Tuan Haji Hussin Ismail. Beliau telah mengimbau kembali matlamat penubuhan Yayasan AMAL Malaysia 10 tahun yang lalu serta memperincikan matlamat perjuangan dakwah dan kebajikan serta pencapaian semasa yang berjaya diikhtiarkan.

 

Seterusnya, penjelasan mengenai penubuhan Pusat Dakwah Serantau (PDS) atau khusus untuk Borneo dikenali sebagai BISMIC (Borneo Islamic Centre) juga menjadi isi penting dalam ucapan Presiden AMAL Malaysia tersebut. Selain membentangkan perkembangan semasa pembinaan Kampus Sementara Pusat Latihan Dakwah PDS di Bangi Selangor, Presiden juga menyatakan berkenaan pengambilan kumpulan pertama pelajar yang dianggarkan berjumlah seramai 30 orang pada awal Jun 2010 ini. Pelajar tersebut adalah terdiri dari anak-anak Sabah dan Sarawak yang akan dilatih dengan pelbagai kemahiran berdakwah dan ilmu-ilmu penting berkaitan Islam. Di akhir ucapannya Presiden sempat melancarkan kutipan derma mengumpul dana bagi penubuhan Pusat Latihan Dakwah PDS.

 

(more…)

Pelan Cadangan Pusat Dakwah Serantau - BISMIC

Saturday, April 10th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

(more…)

Dana RM53,036.71 Untuk Surau AMAL Ulu Kota

Friday, April 2nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Cek Untuk Projek Surau Ulu Kota

AMAL Sarawak, 17 Rabi’ul Akhir 1431H: Alhamdulillah! Pada 1 April 2010, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah menerima dana sebanyak RM53,036.71 untuk pembinaan Surau AMAL Ulu Kota. Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita dengan kerjasama Persatuan Warga Darul Hidayah dan Bintulu Iqra’ Center telah mengadakan majlis penyerahan cek sumbangan untuk Tabung Pembinaan Surau Ulu Kota Pakan tersebut di Masjid Darul Hidayah, Bintulu. Dana sumbangan dari Bahagian Bintulu ini merupakan tambahan kepada kutipan sebanyak RM12,687.00 dari Bahagian Miri sebelum ini.

 

Majlis penyerahan cek tersebut dimulai dengan sesi penerangan dan makluman berkenaan perkembangan pembinaan Surau AMAL Ulu Kota yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita merangkap Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan AMAL Sarawak iaitu Ustaz Ibrahim Bin Mat Isa.

 

Selepas itu, program diteruskan lagi dengan tayangan montaj mengenai kronologi pembinaan Surau AMAL Ulu Kota serta kehidupan masyarakat di sana. Acara kemuncak program tersebut ialah penyerahan sumbangan oleh Jawatankuasa yang diserahkan oleh Tuan Haji Yaacop Bin Juned selaku Timbalan Pengerusi Masjid Darul Hidayah kepada Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir selaku Timbalan Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Hadir sama ialah Ustaz Salehuddin Bin Abu Samah, Penasihat Bintulu Iqra’ Center.

 

Sementara itu, Saudara Muhtar Bin Hj Suhaili, Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak mewakili Yayasan dengan ini menyatakan rasa syukur dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penderma dan penginfaq yang telah sudi menyumbang untuk membantu projek pembinaan Surau AMAL Ulu Kota. Selain itu, jazakumullahu khairan kathiran khusus dari Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita atas sumbangan dan keprihatinan masyarakat Islam kepada Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Semoga Allah merahmati kita semua serta menerimanya sebagai amalan ikhlas yang akan diganjariNya dengan SyurgaNya. Amiin Ya Rabb!

 

Sila klik di sini untuk foto-foto penyerahan cek tersebut »».

 

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dengan janjiNya:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261 )

 

(more…)

Kursus Setiausaha Yayasan AMAL Malaysia

Monday, November 2nd, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kursus Setiausaha AMAL Malaysia

AMAL Malaysia, Kelantan, 02 November 2009: Alhamdulillah! Seramai 20 orang Setiausaha dan Penolong Setiausaha dari beberapa buah negeri termasuklah 4 orang wakil dari Cawangan Sarawak telah mengikuti Kursus Setiausaha Yayasan AMAL Malaysia yang telah diadakan di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa Kelantan bermula 31 Oktober hingga 1 November 2009 yang lepas.

 

AMAL Cawangan Sarawak telah diwakili oleh Saudara Mohd Firman Mohd Yusoff, Saudara Muazzin Mohd Mahadi, Saudari Fatimah Junaidi dan Saudari Saidatul Saadiah.

 

Program telah dimulakan dengan pembentangan Kertas Kerja 1 berkenaan “Tanggungjawab Setiausaha sebagaimana kehendak Undang-undang dan Akta Pertubuhan” yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Yayasan AMAL Malaysia, Encik Abdul Hamid Seman. Kertas kerja yang dibentangkan menumpukan kepada bidang tugas dan tanggungjawab seorang Setiausaha dalam menguruskan sesuatu organisasi berdasarkan Undang-undang Tubuh selain kuasa melantik dan memecat Setiausaha.

 

Di sebelah petangnya, Kertas Kerja 2 berkenaan “Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi” telah disampaikan oleh Tuan Haji Khairan Untoh, Pengurus SIRIM Bahagian Sabah merangkap Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sabah. Pembentangan ini juga menerangkan tentang tugas seorang Setiausaha dalam membantu Presiden dan sebagai penyelaras kerja. Setiausaha juga memainkan peranan dalam berurusan dengan pihak ROS (Registrar Organization Society). Di akhir pembentangan tajuk ini, Tuan Haji Khairan berkongsi cabaran yang dihadapi seorang Setiausaha serta ciri-ciri Setiausaha yang berkesan.

 

Pembentangan seterusnya disambung dengan Kertas Kerja 3 berkenaan “Pengurusan Moden Berdasarkan ISO” yang turut disampaikan oleh Tuan Haji Khairan Untoh. Pembentangan kertas kerja ini menumpukan sistem pengurusan kualiti dari segi dokumentasi berdasarkan standard atau ISO 9001-2008. 

 

(more…)

AMAL Sarawak Turut Bantu Mangsa Gempa Padang

Tuesday, October 27th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ya Allah, Janganlah Hancurkan Keimanan Kami

AMAL Sarawak, 27 Oktober 2009/ 08 Dzulkaedah 1430H: Alhamdulillah, pasukan Bantuan Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi Padang daripada Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) telah selamat kembali ke tanahair setelah memberi khidmat hampir seminggu di Padang Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia. Pasukan ke-7 ini terdiri daripada 27 orang sukarelawan dari pelbagai bidang iaitu Doktor, Pembantu Doktor, Jurutera, Juruteknik, Kaunselor dan Sukarelawan Am. AMAL Malaysia telah menyalurkan khidmat melalui Team Medikal untuk pemeriksaan kesihatan, Team Teknikal untuk mencari serta membekal air bersih melalui projek Water Supply Tube Well atau Sumur Bor dan Team Logistik yang bertanggungjawab mendirikan khemah sementara (rumah tenda) selain mengedarkan bantuan pakaian, selimut dan makanan.

 

Sepanjang berada di sana, Yayasan AMAL Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau di Indonesia disebut sebagai Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM). Antaranya termasuklah Baitul Maal Indonesia, Muslim Care, Consuyu Turki, Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI), DSUA, IMWU, PPA, P3B (PKN) dan Relawan Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Pusat Bantuan atau Pos Komando (Posko) AMAL Malaysia di sana terletak di Korong Balai 1, Nagari Lubuk Pandan, Kecamatan 2X11 Enam Lingkung, Kabupaten Padang Pariaman, Provinsi Sumatera Barat.

 

Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Saudara Muhtar Suhaili juga telah turut serta dalam Misi Kemanusiaan kali ini. Beliau telah membawa bersama sumbangan yang diterima daripada warga Sarawak yang keseluruhannya berjumlah RM12,847 bersamaan dengan Rp34.3 juta dan kesemua sumbangan  ini telah disalurkan terus kepada mangsa-mangsa yang memerlukan melalui projek-projek yang disebutkan di atas.

 

AMAL Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Sarawak yang prihatin di atas sumbangan yang dihulurkan khususnya daripada jamaah Masjid At-Taqwa Kampung Gita Kuching, Masjid Al-Muhajirin Matang Jaya, Staff Sarawak Shell Berhad, Staff Petronas Carigali Sdn Bhd, Sukarelawan-sukarelawan AMAL Sarawak dan semua penyumbang-penyumbang yang ikhlas Lillahi Ta’ala. Semoga Allah menerima ‘amalan dan sumbangan jariah kita semua.

 

Gambar-gambar Misi Kemanusiaan tersebut, sila klik di sini »»

 

Berikut dikongsikan keratan akhbar Padang Ekspress dan Koran Singgalang mengenai Kerjasama NGO/LSM Malaysia-Indonesia Dalam Membantu Mangsa Gempa Bumi Di Padang, Sumatera, Indonesia: (more…)

Misi Kemanusiaan AMAL Ke Padang Diteruskan

Tuesday, October 13th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Misi AMAL Malaysia di Sumatera Barat

AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 13 Oktober 2009: Yayasan Amal Malaysia (AMAL) akan meneruskan Misi Kemanusiaan ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Bencana yang menimpa Kota Padang baru-baru ini meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat di sana. Ramai lagi mangsa yang memerlukan bantuan kemanusiaan dari negara-negara luar. Oleh itu, hasil pemerhatian dari beberapa misi kemanusiaan yang dilakukan oleh AMAL Malaysia sebelum ini, maka bantuan akan cuba disalurkan secara berterusan sehingga suatu tahap yang stabil di sana. Pihak AMAL Malaysia telah mengatur beberapa jadual Misi Kemanusiaan ke Padang iaitu pada 15-19 Oktober 2009 yang terdiri dari Team Teknikal (Water Supply Tube Well), 22-26 Oktober 2009 terdiri dari Team Medik dan seterusnya.
 

Selain itu, pihak AMAL Malaysia juga mempelawa para sukarelawan yang ingin turut serta boleh menghubungi Pejabat Yayasan Amal Malaysia di Batu Caves, Gombak di talian 03-6187 4382 (Cik Juisa). Pendaftaran awal sangat diharapkan bagi memudahkan pihak AMAL Malaysia dalam menyusun jadual berdasarkan kepakaran-kepakaran yang dimiliki oleh para sukarelawan Malaysia.

 

Pihak AMAL Malaysia turut mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan khususnya sumbangan kewangan daripada semua pihak yang prihatin terhadap bencana yang menimpa masyarakat serumpun di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank, 553010122090 YAYASAN AMAL MALAYSIA dan sila maklumkan ke 019-9831927 atau 019-6644796. Semoga Allah menerima ‘amalan kita semua.

 

Nota: Insya Allah Pengerusi AMAL Sarawak, Saudara Muhtar Suhaili akan turut serta dalam Misi Kemanusiaan ke Padang, Indonesia pada 22-27 Oktober 2009. Sebarang sumbangan boleh menghubungi beliau di talian 016-8909717.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH” 

Sumbangan AMAL Gempa Bumi Padang, Sumatera

Friday, October 2nd, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Gempa Bumi Padang Sumatera Barat

AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 02 Oktober 2009: Yayasan Amal Malaysia (AMAL) telah menghantar satu pasukan peninjau iaitu Misi Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi di Padang, Sumatera, Indonesia awal pagi tadi. Mereka menaiki pesawat Air Asia pada pukul 7.50 pagi tadi waktu Malaysia. Pasukan itu terdiri dari Tuan Hj Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden AMAL Malaysia dan Encik Jamel Saring, Naib Pengerusi 1 AMAL Selangor. Tujuan pasukan ini adalah untuk melihat dan menilai keadaan selepas gempa bumi yang melanda di situ bagi persiapan pasukan bantuan seterusnya dari AMAL Malaysia.
 

AMAL Malaysia melihat keperluan memberi bantuan kemanusiaan kepada negara jiran yang menerima musibah tersebut. AMAL akan mendapatkan maklumat awal dari pasukan sukarelawan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan MUAMALAT iaitu NGO di Indonesia. Selepas penilaian dari pasukan tersebut, tindakan susulan akan diambil oleh AMAL untuk menghantar pasukan sukarelawan seperti Pasukan Perubatan dan lain-lain jika perlu.
 

Maklumat lanjut akan diperolehi dari pasukan ini kelak. Oleh itu, pihak AMAL Malaysia sangat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan khususnya sumbangan kewangan dari semua pihak yang prihatin terhadap bencana yang menimpa masyarakat serumpun di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
 

Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank, 553010122090 YAYASAN AMAL MALAYSIA dan sila maklumkan ke 019-9831927 atau 019-6644796. Semoga Allah menerima ‘amalan kita semua.

 

(more…)

Program Qurban 1430H Yayasan AMAL Malaysia

Monday, September 28th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Pembetulan: Untuk Sarawak, Bayaran bagi lembu ialah RM350/ bahagian. Harap maklum.

Pembetulan: Untuk Sarawak, Bayaran bagi Lembu ialah RM370/ bahagian, manakala Kambing ialah RM500/ ekor. Harap maklum.

Program Qurban 1430H Yayasan AMAL Malaysia

[Program Qurban AMAL 1430H: Dapatkan Borang Di Sini »».]

Seminar Pengurusan Strategik AMAL Malaysia

Monday, July 27th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Bengkel Pengurusan Strategik AMAL Malaysia @ Langkawi

AMAL Malaysia, Langkawi, 27 Julai 2009: Alhamdulillah! Yayasan Amal Malaysia (AMAL) berjaya melaksanakan Seminar Pengurusan Strategik di CD Motel, Pantai Cenang, Langkawi pada 25-26 Julai 2009. Bengkel Pengurusan Strategik ini telah diadakan bagi AMAL Malaysia merangka satu perancangan dan pelan tindakan yang sistematik, berstrategi dan berobjektif ke arah mencapai visi dan misi organisasi.

 

Berikut merupakan objektif program yang telah digariskan:

 

  1. Memberi kefahaman tentang Visi dan Misi AMAL Malaysia
  2. Memberi kefahaman kepada Jawatankuasa Pusat dan Negeri mengenai perancangan atau pengurusan strategik
  3. Merangka Pelan tindakan AMAL Malaysia berdasarkan hasrat Presiden AMAL Malaysia

 

Alhamdulillah, AMAL Cawangan Sarawak telah menghantar delegasi seramai 7 orang yang terdiri daripada Saudara Muhtar bin Hj. Suhaili (Pengerusi), Ustaz Abdul Halim bin Abdul Kadir (Timbalan Pengerusi), Saudara Abdul Aziz bin Mohamad (Naib Pengerusi) beserta 4 orang AJK yang lain iaitu Saudara Mohd Ali bin Murad, Saudara Mohd Shahril bin Mohammad, Saudara Shamsul Bahrie bin Mohamad dan Saudara Mohamad Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon. 

 

Delegasi Sarawak ke Seminar Pengurusan Strategik AMAL Malaysia

Delegasi Sarawak ke Seminar Pengurusan Strategik AMAL Malaysia di Langkawi

 

(more…)

Misi Kemanusiaan Yayasan AMAL Ke Gaza

Thursday, June 18th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Misi AMAL ke Gaza Jun 2009

AMAL Malaysia, Kaherah, Mesir, 18 Jun 2009: Rombongan misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) untuk Gaza, Palestin tiba di ibu negara Mesir, Kaherah pada jam 6.50 pagi tadi waktu tempatan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Egypt Air.

 

Anggota misi kemanusiaan Palestin yang diketuai Presidennya, Hj Hussin Ismail kemudian mengadakan perbincangan dengan Setiausaha 2 Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mohd Fauzi Mohd Said pada petang hari yang sama. Perbincangan diadakan bagi membincangkan kaedah terbaik menyampaikan bantuan kepada penduduk di wilayah Gaza akibat penutupan pintu sempadan Mesir-Gaza yang berkuatkuasa 5 Februari lalu.

 

Turut hadir dalam perbincangan itu ialah Setiausaha 3 Kedutaan Malaysia Kaherah, Iskandar Harman, Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamuliddin Elias, Koordinator Projek Yayasan Amal di Palestin, Azlan Muhammad Sharif dan semua anggota misi kemanusiaan.

 

Hj Hussin ketika ditemui selepas perbincangan itu berkata, Yayasan Amal berusaha untuk menyampaikan sumbangan yang disalurkan pelbagai pihak termasuk Wisma Putra kepada penduduk Gaza sebagai satu amanah yang wajib ditunaikan.

 

Menurut beliau, Yayasan Amal telah merancang dua projek utama untuk dilaksanakan di wilayah Gaza iaitu penyaluran bekalan air melalui perigi tiub dan pembinaan kilang roti. Yayasan Amal juga berhasrat melaksanakan program khas untuk wanita, kanak-kanak dan pelajar di wilayah Gaza.

 

Malangnya semua projek yang dirancang Yayasan Amal untuk membantu umat Islam Palestin tertangguh sejak pihak berkuasa Mesir memutuskan menutup pintu sempadan Mesir-Gaza kepada semua badan bantuan antarabangsa sejak Februari lalu.

 

Anggota misi Yayasan Amal turut dimaklumkan pihak Kedutaan Malaysia bahawa Mesir telah menguatkuasakan peraturan baru mewajibkan permohonan lintas sempadan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dibuat melalui kedutaan negara asal NGO terbabit yang kemudian menyalurkannya kepada Jabatan Palestin, Kementerian Luar Mesir. Hanya dengan kebenaran Kementerian Luar Mesir, para sukarelawan NGO dibenarkan melintasi sempadan untuk ke Gaza.

 

Hj Hussin turut membincangkan kemungkinan diwujudkan kerjasama antara Yayasan Amal dan NGO Palestin bagi memudahkan penyaluran bantuan memandangkan sekatan yang dikenakan terhadap NGO asing bagi melaksanakan program bantuan di wilayah Gaza. Cadangan Yayasan Amal itu disambut baik oleh pihak kedutaan Malaysia dan tindakan lanjut akan dibuat sebelum misi Yayasan Amal berakhir 27 Jun ini.

 

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Malaysia

Saturday, April 25th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Malaysia, Kelana Jaya, 25 April 2009: Alhamdulillah! Yayasan Amal Malaysia (AMAL) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Ke-5 di Dewan Sri Jugra, Komplek Tabung Haji Kelana Jaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hassan Syukri selaku salah seorang Penasihat AMAL Malaysia.

 

Seramai hampir 180 orang hadir ke mesyuarat tersebut yang terdiri dari pemimpin masyarakat, pemimpin NGO, perwakilan dan pemerhati. Sebanyak 14 Cawangan seluruh negara telah menghantar Perwakilan. Negeri Sarawak buat julung kalinya menghantar wakil pada mesyuarat kali ini. Dianggotai oleh 6 orang wakil yang boleh dianggap paling muda sepanjang tempoh mesyuarat diadakan. Keunikan 2 negeri dari Kepulauan Borneo iaitu dari Sabah dan Sarawak mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan kerana mampu melaksanakan tugas-tugas dakwah dan kebajikan dengan prestasi yang membanggakan sehingga membolot 2 anugerah khas walaupun diketahui 2 negeri tersebut merupakan ‘anak bongsu’ dalam Yayasan Amal Malaysia.

 

Mesyuarat yang diadakan setiap dua tahun sekali ini berjaya diadakan dengan mesra dan mahabbah di kalangan sesama ahli, selaras dengan motto AMAL Malaysia ‘Beramal Kerana Allah’.

 

(more…)

AMAL Malaysia Diberi Amanah Menjayakan Projek Kemudahan Asas Di Gaza

Saturday, March 21st, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Malaysia Palestin

AMAL Malaysia Palestin

AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Mac 2009: Selaras dengan motto “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan”, AMAL Malaysia telah diberi tanggungjawab bagi menyedia dan menyiapkan kemudahan asas untuk warga Palestin di Gaza. Kementerian Luar Negeri telah memberikan amanah untuk menyedia bekalan air bersih kepada rakyat Palestin di bumi Gaza. Projek ini akan dikendalikan bersama 2 NGO lain iaitu HALUAN dan Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Kos bagi menyediakan tube well sebanyak RM2 juta telah diserahkan oleh YBhg Datin Seri Rosmah Mansor, yang merupakan penaung kepada Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin.

 

Read the rest of this entry »

AMAL Malaysia Antara NGO Yang Dipilih Untuk Membantu Rakyat Palestin

Wednesday, February 18th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Mesyuarat Palestin Bersama Kementerian Luar.jpg

YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim mempengerusikan mesyuarat  bersama mengenai pemberian bantuan kepada rakyat Palestin”

PUTRAJAYA, 18 Feb. 2009 (AMAL) - Kementerian Luar Negeri di bawah kepimpinan YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais  Yatim telah mengambil langkah bijak dengan mengadakan mesyuarat bersama NGO (yang telah mengadakan khidmat kepada rakyat Palestin di Gaza) di pejabatnya, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra.

 

YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais  Yatim menjelaskan tujuan mesyuarat bersama ini diadakan ialah bagi mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku di bumi Gaza, Palestin serta mencari kaedah yang lebih berkesan dan bersistematik bagi tujuan penyaluran bantuan dana sebanyak RM18 juta yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia kepada golongan sasar di Palestin. Yayasan Amal Malaysia (AMAL) merupakan salah satu daripada 9 NGO yang dipilih untuk membantu rakyat Palestin melalui inisiatif ini. 

 

Satu Sekreteriat NGO di bawah Kementerian Luar Negeri juga telah dibentuk hasil persetujuan dan persefahaman bersama YB. Menteri Luar Negeri. Selain itu juga, empat bidang kerja/ projek yang menjadi tumpuan di Gaza, Palestin telah dikenalpasti iaitu: 1) Pendidikan & Kanak-kanak (Education & Children), 2) Perubatan & Kesihatan (Medical & Health), 3) Kemudahan Asas (Basic Necessity) dan 4) Kerja-kerja Amal  Kemanusiaan (Humanitarian Works). AMAL Malaysia yang diwakili oleh Hj. Husin Ismail (Presiden) dan En. Abd. Hamid Seman (Ketua Setiausaha) telah menyatakan komitmennya melibatkan diri dalam dua bidang utama iaitu program perubatan & kesihatan serta mengadakan kemudahan asas kepada penduduk Gaza, Palestin. 

 

Teruskan Pembacaan »»