Archive for the ‘AMAL Palestin’ Category

Siri Mengilmukan Diri & Memandaikan Masyarakat

Friday, July 9th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Seminar Kefahaman Tasawuf Julai 2010

[Seminar Kefahaman Islam - Penghayatan Tasawwuf dan Pemantapan Aqidah @ Miri, 10-11 Julai 2010. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Bina Budi Malaysia (BUDI) dan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak. Penyertaan PERCUMA. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.]

Siri Ceramah Ustaz Hasanuddin di Miri

[Siri Ceramah Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif) @ Miri, 11-13 Julai 2010. Program ini adalah anjuran bersama Aqsa Syarif Miri, JIM Miri, IKRAM Miri dan Jawatankuasa Masjid-masjid Miri. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. Palestin Tanggungjawab Kita Bersama!. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Diskusi AMAL Palestin, Perjuangan Satu Ummah!

Tuesday, June 22nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Diskusi Palestin 1431H

Diskusi Palestin 1431H

[Diskusi AMAL: "Airmata Palestin, Perjuangan Satu Ummah". Program anjuran bersama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Masjid An-Na'im Lutong, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Miri dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP). Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke majlis jihad ini. Kutipan Dana Palestin juga akan diadakan. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

AMAL Malaysia Sertai Konvoi ke Gaza, Palestin

Sunday, June 6th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Lifeline4gaza

Misi AMAL ke Gaza 2010

Kapal Mavi Marmara Menuju ke Gaza

Mavi Marmara Diserang Israel Laknatullah

 

 

Peserta Konvoi ke GAZA dari Malaysia Diumumkan

    

AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 15 Mei 2010: Alhamdulillah, Seketariat Lifeline4Gaza “Life Line For Gaza  – Talian Hayat Untuk Gaza”  (http://www.lifeline4gaza.org/) hari ini mengumumkan senarai peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai konvoi kapal laut terbesar yang akan menerobos sekatan ke atas Semenanjung Gaza dalam misi terdekat.

 

Semua permohonan untuk menyertai konvoi ini disaring dan dipilih oleh pihak penganjur utama konvoi, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) iaitu sebuah NGO yang berpengkalan di Turki.

 

Konvoi dari Malaysia akan diketuai oleh Sdr Noorazman bin Mohd Samsuddin yang juga merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin dan Pengarah Projek Lifeline4Gaza di Malaysia.

 

Berikut ini disenaraikan nama-nama mereka yang dipilih oleh IHH untuk ke GAZA:

 

1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi – HALUAN Palestin)
2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal (HALUAN Palestin)
3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan (HALUAN Palestin)
4. Dr Selamat Bin Aliman (Jamaah Islah Malaysia)
5. Jamuliddin Bin Elias (Yayasan AMAL Malaysia)
6. Ustaz Al Hami Husain Bin Suhaimi (HALUAN Palestin)
7. Mohd Nizam Bin Mohamad (HALUAN Palestin)
8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Muslim Care)

9. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif Bhd)

 

Dua lagi slot untuk wakil media telah dikhususkan untuk media – Astro Awani & TV3, tetapi setakat pengumuman ini dikeluarkan, penyertaan daripada TV3 masih belum muktamad.

 

Perkembangan terkini konvoi boleh diikuti melalui saluran media projek Lifeline4Gaza iaitu Radio IKIM.fm, Sinar Harian, ILuvIslam dan TV3.

 

Peserta konvoi akan diberikan taklimat pada 16hb Mei.  Satu sidang akhbar akan diadakan pada 18hb Mei pada masa dan tempat yang akan diumumkan kelak.

 

Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.

 

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

 

 

Demikian antara amanat yang ditinggalkan oleh Ketua misi konvoi Lifeline4Gaza dari Malaysia ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin yang akan berangkat ke Turki pada 19hb Mei nanti.  Amanat tersebut dibuat selepas senarai peserta konvoi dari Malaysia diumumkan.

 

(more…)

Misi Kemanusiaan Yayasan AMAL Ke Gaza

Thursday, June 18th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Misi AMAL ke Gaza Jun 2009

AMAL Malaysia, Kaherah, Mesir, 18 Jun 2009: Rombongan misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) untuk Gaza, Palestin tiba di ibu negara Mesir, Kaherah pada jam 6.50 pagi tadi waktu tempatan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Egypt Air.

 

Anggota misi kemanusiaan Palestin yang diketuai Presidennya, Hj Hussin Ismail kemudian mengadakan perbincangan dengan Setiausaha 2 Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mohd Fauzi Mohd Said pada petang hari yang sama. Perbincangan diadakan bagi membincangkan kaedah terbaik menyampaikan bantuan kepada penduduk di wilayah Gaza akibat penutupan pintu sempadan Mesir-Gaza yang berkuatkuasa 5 Februari lalu.

 

Turut hadir dalam perbincangan itu ialah Setiausaha 3 Kedutaan Malaysia Kaherah, Iskandar Harman, Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamuliddin Elias, Koordinator Projek Yayasan Amal di Palestin, Azlan Muhammad Sharif dan semua anggota misi kemanusiaan.

 

Hj Hussin ketika ditemui selepas perbincangan itu berkata, Yayasan Amal berusaha untuk menyampaikan sumbangan yang disalurkan pelbagai pihak termasuk Wisma Putra kepada penduduk Gaza sebagai satu amanah yang wajib ditunaikan.

 

Menurut beliau, Yayasan Amal telah merancang dua projek utama untuk dilaksanakan di wilayah Gaza iaitu penyaluran bekalan air melalui perigi tiub dan pembinaan kilang roti. Yayasan Amal juga berhasrat melaksanakan program khas untuk wanita, kanak-kanak dan pelajar di wilayah Gaza.

 

Malangnya semua projek yang dirancang Yayasan Amal untuk membantu umat Islam Palestin tertangguh sejak pihak berkuasa Mesir memutuskan menutup pintu sempadan Mesir-Gaza kepada semua badan bantuan antarabangsa sejak Februari lalu.

 

Anggota misi Yayasan Amal turut dimaklumkan pihak Kedutaan Malaysia bahawa Mesir telah menguatkuasakan peraturan baru mewajibkan permohonan lintas sempadan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dibuat melalui kedutaan negara asal NGO terbabit yang kemudian menyalurkannya kepada Jabatan Palestin, Kementerian Luar Mesir. Hanya dengan kebenaran Kementerian Luar Mesir, para sukarelawan NGO dibenarkan melintasi sempadan untuk ke Gaza.

 

Hj Hussin turut membincangkan kemungkinan diwujudkan kerjasama antara Yayasan Amal dan NGO Palestin bagi memudahkan penyaluran bantuan memandangkan sekatan yang dikenakan terhadap NGO asing bagi melaksanakan program bantuan di wilayah Gaza. Cadangan Yayasan Amal itu disambut baik oleh pihak kedutaan Malaysia dan tindakan lanjut akan dibuat sebelum misi Yayasan Amal berakhir 27 Jun ini.

 

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.

AMAL Malaysia Diberi Amanah Menjayakan Projek Kemudahan Asas Di Gaza

Saturday, March 21st, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Malaysia Palestin

AMAL Malaysia Palestin

AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Mac 2009: Selaras dengan motto “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan”, AMAL Malaysia telah diberi tanggungjawab bagi menyedia dan menyiapkan kemudahan asas untuk warga Palestin di Gaza. Kementerian Luar Negeri telah memberikan amanah untuk menyedia bekalan air bersih kepada rakyat Palestin di bumi Gaza. Projek ini akan dikendalikan bersama 2 NGO lain iaitu HALUAN dan Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Kos bagi menyediakan tube well sebanyak RM2 juta telah diserahkan oleh YBhg Datin Seri Rosmah Mansor, yang merupakan penaung kepada Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin.

 

Read the rest of this entry »

Perkongsian Palestin Oleh Presiden AMAL Malaysia

Saturday, March 14th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Perkongsian Gaza Oleh Presiden AMAL Malaysia

Perkongsian Gaza Oleh Presiden AMAL Malaysia

AMAL Sarawak, Miri, 17 Rabi’ul Awwal 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, sempena dengan kehadiran Presiden Yayasan AMAL Malaysia ke Miri bagi merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, beliau juga berkesempatan untuk menyampaikan Ceramah Khas dan Perkongsian Gaza. Program pada 14 Mac 2009 bertempat di Surau Hidayatullah, Kampung Lereng Bukit Miri ini amat bermakna dan telah memberikan kefahaman kepada hadirin tentang isu dan suasana terkini yang berlaku di Palestin khususnya Gaza.

 

Bahkan perkongsian ini cukup bererti dan menyentuh hati apabila Haji Husin Ismail menceritakan pengalaman sebenar beliau sendiri ketika terlibat dalam misi kemanusiaan dan membantu mangsa perang yang dizalimi oleh Zionis Israel laknatullah di bumi Gaza baru-baru ini. Atas segalanya, marilah kita bersama terus membantu perjuangan suci rakyat Palestin dalam membebaskan Baitul Muqaddas yang diduduki. Khaibar, khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad, saufa ya’ud!!

AMAL Malaysia Antara NGO Yang Dipilih Untuk Membantu Rakyat Palestin

Wednesday, February 18th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Mesyuarat Palestin Bersama Kementerian Luar.jpg

YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim mempengerusikan mesyuarat  bersama mengenai pemberian bantuan kepada rakyat Palestin”

PUTRAJAYA, 18 Feb. 2009 (AMAL) – Kementerian Luar Negeri di bawah kepimpinan YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais  Yatim telah mengambil langkah bijak dengan mengadakan mesyuarat bersama NGO (yang telah mengadakan khidmat kepada rakyat Palestin di Gaza) di pejabatnya, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra.

 

YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais  Yatim menjelaskan tujuan mesyuarat bersama ini diadakan ialah bagi mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku di bumi Gaza, Palestin serta mencari kaedah yang lebih berkesan dan bersistematik bagi tujuan penyaluran bantuan dana sebanyak RM18 juta yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia kepada golongan sasar di Palestin. Yayasan Amal Malaysia (AMAL) merupakan salah satu daripada 9 NGO yang dipilih untuk membantu rakyat Palestin melalui inisiatif ini. 

 

Satu Sekreteriat NGO di bawah Kementerian Luar Negeri juga telah dibentuk hasil persetujuan dan persefahaman bersama YB. Menteri Luar Negeri. Selain itu juga, empat bidang kerja/ projek yang menjadi tumpuan di Gaza, Palestin telah dikenalpasti iaitu: 1) Pendidikan & Kanak-kanak (Education & Children), 2) Perubatan & Kesihatan (Medical & Health), 3) Kemudahan Asas (Basic Necessity) dan 4) Kerja-kerja Amal  Kemanusiaan (Humanitarian Works). AMAL Malaysia yang diwakili oleh Hj. Husin Ismail (Presiden) dan En. Abd. Hamid Seman (Ketua Setiausaha) telah menyatakan komitmennya melibatkan diri dalam dua bidang utama iaitu program perubatan & kesihatan serta mengadakan kemudahan asas kepada penduduk Gaza, Palestin. 

 

Teruskan Pembacaan »»

Program AMAL Bersamamu Palestin Kutip RM91,180

Sunday, February 1st, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Malam Bersamamu Palestin 2009

“Majlis Penyerahan Replika Cek Kepada Wakil AMAL Malaysia

AMAL Sarawak, 6 Safar 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, segala puji bagi Allah ‘Azza Wajalla yang menjadikan jihad dan infaq sebagai satu kemuliaan! Dengan taufiq dan hidayah Allah SWT, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Miri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dan Badan-badan Islam di Miri telah berjaya menganjurkan Program Malam Bersamamu Palestin 2009 pada hari Ahad, 1 Februari 2009 bermula jam 7.30 malam sehingga 11.00 malam bertempat di Masjid At-Taqwa Miri, Sarawak.

 

‘Palestin di Hati’ dan ‘Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?’ masing-masing telah dipilih sebagai tema dan slogan program. Berikut merupakan antara objektif Program Malam Bersamamu Palestin ini dianjurkan: 

 

  1. Membangkitkan kesedaran dan kepedulian masyarakat terhadap usaha menyelamatkan Masjid Al-Aqsa yang mulia serta sekaligus menyatakan sokongan kepada perjuangan mendaulatkan Baitul Muqaddas dan bumi Palestin.
  2. Mengarusperdanakan isu Palestin dalam masyarakat sebagai aspek pembinaan kesatuan masyarakat dan kesedaran umat.
  3. Menimbulkan rasa syukur di atas nikmat keamanan dan kedamaian yang dimiliki, menzahirkan peripentingnya kita memastikan kesinambungannya serta menyatakan bantahan kepada segala bentuk kekejaman, penindasan dan kezaliman.
  4. Membuat kutipan Dana Palestin untuk disalurkan kepada kerajaan (HAMAS) dan rakyat Palestin.

 

Teruskan Membaca Entri Ini »»