Archive for the ‘AMAL Dakwah’ Category

Kem Ibadah SMK Merbau Bersama Kelab Remaja Amal

Friday, October 14th, 2011

7 Oktober 2011 -9 Oktober 2011, SMK Merbau: Alhamdulillah, Seramai 161 Peserta di kalangan pelajar  tingkatan 1 SMK Merbau, telah menyertai Kem Ibadah SMK Merbau atas anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Moral SMK Merbau dengan kerjasama Kelab Remaja Amal Miri. Kelab Remaja Amal ditubuhkan di awal tahun 2009 merupakan sayap baru Yayasan Amal Malaysia unit Miri bagi memfokuskan pembangunan sakhsiah, akademik, kepimpinan dan keseluruhan kejayaan remaja Islam.  Seramai 13 fasilitator di kalangan mahasiswa dan tenaga teknokrat tempatan serta guru-guru bersama-sama menggemblengkan tenaga untuk kejayaan Kem Ibadah tersebut.

Aktiviti bermula pada 6.30 petang, 7 oktober 2011 dan berakhir pada 11 pagi, 9 oktober 2011. Kem Ibadah SMK Merbau 2011 kali ini menggunakan pendekatan yang berlainan daripada  tahun sebelum-sebelumnya. Konsep santai dan kefahaman terhadap Islam banyak diterapkan kepada pelajar-pelajar dengan pelbagai bentuk modul dan aktiviti, berbanding sebelum ini dengan ceramah-ceramah yang padat.

Berikut merupakan tentatif  bagi program Kem Ibadat SMK Merbau:

Jumaat

Masa

Perkara

6.00 ptg

Pendaftaran peserta dan urus diri

6.40 ptg

Solat Maghrib, Makan Malam dan Taklimat aktiviti dan peraturan sepanjang program

8.00 malam

Solat Isya’ berjemaah

9.00 malam

Ice Breaking

11.00 Malam

Minum Malam

 

Sabtu

5.00

Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh

6.30 pagi

Senaman pagi

7.15pagi-8.30 pagi

Sarapan pagi dan persiapan diri

8.30-10.00 pagi

Ceramah 1 :

Siapa diri kita

10-10.30

Rehat

10.30-12 tgh hari

LDK: Who am I?

12.00-1.30 ptg

Makan tengah hari dan solat zuhur berjemaah

1.30-2.30

Ceramah 2: Remaja Hebat bersama Islam

2.30-3.00

Rehat

3.00-4.30

LDK 2 : Asas yang kukuh teras kemenangan

4.30-6.00

Minum petang, solat asar berjemaah dan riadah petang – Game Pit Stop

6.00-7.00

Persiapan diri dan solat Maghrib

7.00-8.00

Kuliah Maghrib (Santai)

8.00-8.15

Solat iSya’

8.15-8.30

Rehat

8.30-9.00

LDK 3: Mengemudi Samudera Perjalanan

9.00-11.00

Refleksi diri/Pelan tindakan

11.00 malam

Supper

Ahad

4.00 pagi

Qiamullail, Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh

6.15 pagi -6.45 pagi

Senaman pagi

6.45-8.30 pagi

Sarapan pagi dan urus diri

8.30 pagi -11 pagi

Forum Perkongsian Mahasiswa: ‘From Zero to Hero’

11 pagi – 12 tengah hari

Majlis Penutupan

 

Pada penghujung program, pelajar-pelajar kelihatan lebih termotivasi untuk beribadat dan beramal apabila kefahaman terhadap sesuatu ibadat itu dapat dicapai dan difahami. Senyuman terukir indah pada muka pelajar-pelajar ketika sesi salam bersalaman dengan guru dan fasilitator tanda gembira dan berpuas hati dengan kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Moga-moga program kali ini akan menjadi suatu anjakan paradigma kepada pelajar-pelajar SMK Merbau agar terus cemerlang bukan sahaja pada akademik, tapi pada sahsiah dan peribadi diri sebagai seorang muslim yang bertaqwa.

 

 

Gambar-gambar sepanjang program dijalankan:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jawatankuasa AMAL M’sia Caw. S’wak 2011-2013

Tuesday, May 3rd, 2011

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Sarawak Kali Ke-2

 [Mesy. Agung Dwi-Tahunan Yayasan AMAL M'sia Caw. S'wak

AMAL Sarawak, Bintulu: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Kali Ke-2 telah berjaya dilaksanakan pada Ahad, 1 Mei 2011 bersamaan 28 Jamadil Awwal 1432H bertempat di Hotel Riverfront, Bintulu. Seramai 33 orang perwakilan dari Unit Kuching, Unit Miri, Unit Bintulu, Unit Sarikei, Sibu dan Selangau telah menghadiri Mesyuarat Agung tersebut. Tuan Haji Zaman Bin Abdullah, Bendahari Yayasan AMAL Malaysia telah hadir menyempurnakan perasmian program ini. Turut hadir ialah Saudara Muhtar Bin Hj Suhaili, Pengerusi AMAL Sarawak Sesi 2009-2011, Ustaz Mohd Sardi Bin Ismail, Pengarah Program Mesyuarat Agung, Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir, Pengetua Pusat Dakwah Serantau (PDS) dan Tuan Haji Alias Bakar dari Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Terengganu.

Sempena Mesyuarat Agung ini juga, pemilihan Jawatankuasa Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak bagi sesi 2011-2013 telah diadakan. Ustaz Ibrahim Bin Mat Isa telah diamanahkan sebagai Pengerusi AMAL Sarawak yang baru bagi menggantikan Saudara Muhtar Bin Hj Suhaili yang kini telah berpindah ke Lumut, Perak. Berikut merupakan senarai penuh Jawatankuasa AMAL Sarawak Sesi 2011-2013 yang telah dipilih:

Penasihat: Saudara Muhtar Hj Suhaili
Pengerusi: Ustaz Ibrahim Mat Isa
Timbalan Pengerusi: Saudara Mohd Ali Murad
Naib Pengerusi 1: Ustaz Mohd Asrin Awang Mustafa
Naib Pengerusi 2: Ustaz Malsiron Rogikin
Naib Pengerusi 3: Saudari Dayang Norsidah Awang Rashid
Setiausaha: Ustaz Zulkifli Yusof
Penolong Setiausaha: Saudari Hamim Hartini Mohamad
Bendahari: Saudara Mohd Hafeiz Jumeren
Penolong Bendahari: Saudara Mohd Taufiq Mohd Yusof

Ahli-ahli Jawatankuasa:
1. Saudara Ishack Abbas
2. Saudara Mohd Syukrani Addi Rizal Voon
3. Saudara Firdaus Mohamed
4. Saudara Mohd Junaidi Samsudeen
5. Saudara Alan Ya’akub Bentley
6. Saudari Kauthar Ibrahim

Selamat menjalankan amanah kepada semua pimpinan yang dilantik dan kepada sukarelawan bersama-samalah kita memastikan teras budaya AMAL dapat terus disebarluaskan khususnya di bumi Sarawak! Marilah kita terus berkomitmen dan bekerjasama ke arah menjayakan misi dan visi AMAL di Bumi Kenyalang ini. Semoga ALLAH SWT memberikan pertolongan, bimbingan dan hidayahNya buat kita semua. (more…)

Forum Perdana & Karnival Ekonomi 1432H

Wednesday, December 22nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Perdana Ehwal Islam AMAL 1432H

Karnival Ekonomi AMAL 1432H

Karnival Ekonomi AMAL 1432H

[Karnival Ekonomi Islam 1432H @ Masjid Ar-Rayyan]

AMAL Sarawak, Miri: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sukacita dimaklumkan insya Allah Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya Miri akan menganjurkan satu program yang dinamakan Karnival Ekonomi Islam pada Ahad, 26 Disember 2010 bersamaan 20 Muharram 1432H sempena Ma’al Hijrah 1432H. Satu Forum Perdana Ehwal Islam juga akan turut diadakan.

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menjayakan program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Tahun Baru 1432H masa untuk menjadi hamba Allah yang semakin baik dan peluang untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat berhijrah dengan makna sebenar dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Qurban 1431H & Perasmian Surau AMAL Ulu Kota

Monday, November 22nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Qurban di Ulu Kota, Pakan

Qurban di Ulu Kota, Pakan

AMAL Sarawak, 14 Dzulhijjah 1431H: Alhamdulillah. Pasukan sukarelawan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah berjaya melakukan ibadah qurban dan sekaligus Majlis Perasmian Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan. Seramai 20 orang sukarelawan telah bersama-sama menjayakan misi kali ini dengan menaiki 4 buah kereta pacuan 4 roda.

 

Semua peserta berkumpul di BIC bermula jam 11 malam, Jumaat, 19 Nov 2010. Selepas taklimat dan doa, semua peserta bergerak menuju ke Sarikei. Tiba di Masjid Sarikei seawal jam 5.15 pagi dan terus menunaikan Solat Subuh. Selepas itu para peserta mengurus diri di Taska ABIM Sarikei.

Pada pukul 9 pagi, semua peserta bergerak menuju ke Ladang Skim B bagi memilih lembu qurban untuk disembelih. Tepat jam 10.15 pagi, lembu telah berjaya disembelih oleh Ustaz Zainol Fakri. Selesai memproses lembu tersebut, lebih kurang jam 11.30 pagi, semua rombongan segera bergegas secara konvoi menuju ke Ulu Kota kerana dikhuatiri jika lambat bergerak, ditakuti hujan akan turun yang memungkinkan rombongan tidak dapat sampai ke puncak bukit dengan menaiki 4WD. Sekiranya berjalan kaki, ia akan mengambil masa 2 jam pendakian dari Bukit AMAL ke Ulu Kota.

Alhamdulillah, rombongan selamat tiba di Ulu Kota pada pukul 2.00 petang. Perjalanan sangat mencabar. Menaiki dan menuruni bukit di dalam keadaan jalan yang licin. Sangat mencemaskan bagi sukarelawan yang baru pertama kali sampai ke Ulu Kota.

Penduduk kampung Ulu Kota telah bersedia menunggu kedatangan ahli rombongan. Petang itu, gotong royong melapah dan memasak makanan diketuai oleh Tuan Haji Kadir dan isteri serta dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan lain.

Sebahagian sukarelawan telah pergi ke rumah panjang untuk menjemput masyarakat rumah panjang untuk bersama-sama ke Majlis Perasmian Surau AMAL Ulu Kota pada sebelah malamnya. Alhamdulillah, kehadiran pada malam itu amat memberangsangkan, meskipun hujan lebat. Allahu Akbar!

Majlis pada malam itu dimulai dengan Solat Maghrib dan seterusnya Tazkirah bersama Ustaz Akhwan Afandi Bin Zulkipli. Ini diikuti dengan taaruf ahli dari peserta rombongan. Majlis Perasmian dilakukan selepas Solat Isya’ dengan dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Fadzli dari HIKMAH. Saudara Azhar Abdullah memulakan ucapan, kemudian diikuti ucapan dari Wakil AMAL Malaysia yang juga merupakan Setiausaha AMAL Malaysia Cawangan Pahang, Encik Johari Bin Abd Wahid.

Seterusnya Majlis Perasmian yang telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Omar Bin Shuib, Penasihat BIC. Pihak BIC dan AMAL juga telah menyampaikan sumbangan beras, al-Quran, barang persekolahan dan pakaian kepada Saudara Kita, golongan muallaf dan juga penduduk rumah panjang berhampiran. Majlis ini dimeriahkan oleh Ustaz Mawi @ Akhwan Afandi yang membuat persembahan dengan membawa lagu Jamal Abdillah. Telatah Ustaz Akhwan Afandi sangat menghiburkan masyarakat Ulu Kota. (more…)

Jom Qurban 1431H di Ulu Kota, Pakan, Sarikei

Sunday, November 14th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Jom Qurban di Ulu Kota, Pakan

AMAL Sarawak, 07 Dzulhijjah 1431H: Alhamdulillah. Insya Allah, bersempena dengan kedatangan Hari Raya ‘Eidul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Qurban, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) akan mengadakan Majlis Qurban dan Aqiqah di Sarikei dan Penempatan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan. Insya Allah, Perasmian Surau AMAL Al-Azhar juga akan diadakan pada masa yang sama. Program ini adalah hasil dari penyertaan individu-individu dari Miri, Sarikei dan terutamanya dari Bintulu.

 

Sehubungan dengan itu, bagi pihak penganjur, Bintulu Iqra’ Center ingin mengajak seramai mungkin masyarakat untuk turut serta dalam program ini nanti. Anda boleh menyertai untuk mengambil bahagian dalam Qurban atau Aqiqah. Anda juga boleh menyumbangkan makanan, pakaian, sumbangan wang ringgit atau boleh juga menyumbangkan (meminjamkan) pacuan empat roda untuk kegunaan rombongan ke sana.

 

Berdasarkan perancangan semasa, para peserta dari Bintulu dan Miri akan bertolak pada malam 19 November 2010 (Jumaat). Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat, anda bolehlah menghubungi nombor-nombor telefon yang dipaparkan di dalam poster di atas.

 

Semoga segala usaha kita ini mendapat keredhaan dan rahmat dari Ilahi. Mudah-mudahan segala ‘amal dan ibadah yang kita laksanakan diterima oleh Allah SWT. Semoga kita menjadi orang-orang bertaqwa yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam kerana Allah dan RasulNya. Amiin Ya Rabb!

 

Sila baca juga: Laporan Program Qurban 1430H AMAL Sarawak

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Alhamdulillah, Surau AMAL Al-Azhar Telah Siap

Tuesday, September 7th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Surau AMAL Al-Azhar, Ulu Kota, PakanSurau AMAL Al-Azhar, Ulu Kota, PakanSurau AMAL Al-Azhar, Ulu Kota, Pakan

[Surau AMAL Al-Azhar telah siap dan boleh digunakan (foto 5-Sept-2010), hanya dinding sahaja yang belum dicat.  Insya Allah Majlis Perasmian akan disempurnakan pada Oktober 2010.]

Ziarah Dakwah AMAL Siri Ke-8 ke Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei

[Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan: Berambeh, Sahur, Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Raya.]

Majlis Penyerahan Surau AMAL Al-Azhar daripada Kontraktor kepada Pengerusi AMAL Sarawak

[Penyerahan Surau Al-Azhar dari Kontraktor kepada AMAL S'wak.]

AMAL Sarawak, 28 Ramadhan 1431H: Alhamdulillahi kathiran! Pada 5-6 September 2010 (26-27 Ramadhan 1431H), Ziarah Dakwah AMAL Siri Ke-8 ke Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei telah diteruskan. Tujuan utama ziarah mahabbah kali ialah untuk memantau perkembangan terkini Surau AMAL Al-Azhar (sekaligus menyelesaikan bayaran kepada Kontraktor) selain mengadakan majlis sahur dan ifthar jamae’i serta penyampaian sumbangan Hari Raya kepada masyarakat Islam dan golongan muallaf di sana.

 

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi AMAL Sarawak, Saudara Muhtar Hj Suhaili dan disertai oleh Saudara Mohd Ali Murad dan anaknya Adik Lukman Al-Hakim turut membawa bersama sumbangan-sumbangan ‘Eidul Fitri yang diberikan oleh pelbagai pihak sama ada dalam bentuk wang tunai, naskah Al-Qur’an, buku-buku agama, pakaian-pakaian (termasuk baju raya, sajadah, tudung, telekung, kopiah dll), makanan, minuman serta barang-barang dapur.

 

Terima kasih khusus kepada semua penyumbang di antaranya AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP) Miri, Jawatankuasa Penghayatan Ramadhan 1431H Bahagian Bintulu (JAIS, AMAL, BIC, JAKSA, JIM, Masjid Darul Hidayah, Masjid Asy-Syakirin, Bank-bank dll), Badan Islam Shell (BISMI) SMDS Bintulu, HIKMAH Cawangan Sarikei dan semua individu-individu serta penderma-penderma yang ikhlas lillahi ta’ala.

 

Atas segalanya, alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan, Sarikei telah siap dan boleh digunakan sepenuhnya. Hanya dinding luar dan dinding dalam sahaja yang masih belum dicat dan akan disempurnakan dalam masa terdekat. (more…)

Berita Gembira Ramadhan Dari Ulu Kota, Pakan!

Thursday, August 12th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-AzharPerkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar

[Gambar Surau AMAL Al-Azhar yang diambil pada awal bulan Julai 2010: Masih dalam pembinaan... Gambar terbaru akan disiarkan selepas Ziarah AMAL Siri 8 pada 4-5 September 2010, insya Allah.]

AMAL Sarawak, 02 Ramadhan 1431H: Alhamdulillahi kathiran! Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sarikei dan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarikei sedang mengusahakan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei.

 

Alhamdulillah. Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar, Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota Pakan telah 97% siap. Hari ini adalah hari meletakkan jubin terakhir bagi Surau tersebut. Ketua Kaum Perkampungan Islam, Saudara Azhar Abdullah dari Ulu Kota pagi-pagi lagi telah menyampaikan berita gembira bahawa surau yang pertama di Ulu Kota kini hampir siap sepenuhnya dan telah boleh digunakan.

 

Hari ini juga, Khamis, 2 Ramadhan 1431H/ 12 Ogos 2010M merupakan hari bersejarah bagi Umat Islam Iban di Ulu Kota. Mereka akan merasmikan Surau AMAL Al-Azhar dengan mengadakan Majlis Sungkey (Berbuka Puasa) pada petang ini. Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Allahu Akbar!

 

Kita sama-sama doakan mudah-mudahan Allah menjadikan Surau AMAL Al-Azhar ini sebagai titik bermulanya Sinar Islam gemilang di kawasan pedalaman Sarawak. Walaupun telah ada beberapa surau dibina oleh kerajaan di kawasan Saudara Baru, tetapi Surau AMAL Al-Azhar ini mempunyai signifikan tersendiri. Ia merupakan hasil pungutan infaq sumbangan dan sadaqah dari umat Islam sekitar Bintulu, Miri, Kuching, Sibu, Sarikei dan tempat-tempat lain.

 

Pembinaannya diselenggara oleh AMAL Sarawak, BIC, HIKMAH dan JAIS. Kredit penuh juga wajar diberikan kepada masyarakat tempatan yang telah banyak memberikan tenaga kerja dan berkorban peluh keringat. Setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Kontraktor yang telah bertukar dua kali, di mana kedua-duanya adalah terdiri dari Orang Iban tempatan yang belum Islam.

 

Siri ziarah dan pengurusan AMAL Sarawak yang diketuai oleh Pengerusi AMAL Sarawak, Saudara Muhtar Hj Suhaili dan Ustaz Ibrahim Mat Isa selaku Pengurus Projek amat membanggakan. Semoga kita dapat lagi menjayakan projek yang seumpamanya di tempat penginapan Saudara Kita (Baru) yang lain, yang sebenarnya banyak bertebaran di seantero pedalaman Sarawak ini.

 

Tahniah kepada Saudara Azhar dan seluruh penduduk Kampung Saudara Kita, Ulu Kota di atas kurniaan Allah ini. Semoga surau ini akan diimarahkan sepertimana yang sepatutnya. Kita percaya dan berharap agar 2 pelajar dari kampung ini iaitu Adik Jeffry Bin Azhar dan Adik Abdul Rahman yang dihantar ke Pusat Tarbiah BISMIC di Bangi, Selangor akan kembali nanti dan bakal menerajui Surau AMAL Al-Azhar di Ulu Kota sekaligus menjadikannya Pusat Penerangan Islam di rantau sana. Amin… Amin… Amin… Ya Rabbil A’lamin..

 

Insya Allah Ziarah Siri Ke-8 ke Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota, Pakan akan diadakan pada 4-5 September 2010 (25-26 Ramadhan 1431H). Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta, sila berhubung dengan Saudara Muhtar Hj Suhaili di talian 016-8909717 atau Saudara Mohd Ali Murad di talian 013-3640105. Doakan semoga segalanya khair.

 

Laporan disediakan oleh;

Saudara Mohd Ali Murad.

 

(more…)

AMAL Sarawak Sertai Safari Ramadhan 1431H

Monday, August 9th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Safari Ramadhan 1431H Bahagian Miri

AMAL Sarawak, 29 Sya’ban 1431H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak insya Allah akan mengambil bahagian dalam program “Safari Ramadhan Al-Mubarak 1431H” ke Masjid-masjid dan Surau-surau di Bahagian Miri anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri dengan kerjasama dan dokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tabung BaitulMal Sarawak, AMAL Sarawak, Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Urusetia Saudara Kita (USK).

 

Alhamdulillah, satu mesyuarat dan taklimat berkaitan program telah diadakan pada Isnin, 9 Ogos 2010, 2.30 petang bertempat di Pejabat Agama Islam Bahagian Miri. Kesemua wakil-wakil agensi dan pengerusi-pengerusi badan yang terlibat telah hadir dan memberi komitmen untuk menjayakan program kali ini.

 

Berikut merupakan jadual program berkenaan:

  1. 12 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Masjid Darul Khairat, Bakam
  2. 14 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Kampung Mohd Taha, Bakong
  3. 15 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Darul Hijrah, Piasau
  4. 17 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Masjid Al-Jabbar, Pekan Niah
  5. 19 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Madinah, Kuala Sibuti
  6. 20 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Nurul Yakin, Kampung Muhibbah, Ladang 3, Niah
  7. 22 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Surau Zin Galau, Kampung Padang Kerbau, Marudi
  8. 25 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Masjid Nurul Ibadah, Kampung Muhibbah, Kuala Baram
  9. 26 Ogos 2010: Sambutan Nuzul Qur’an Peringkat Negeri, Masjid At-Taqwa Miri
  10. 28 Ogos 2010: Malam Bersamamu Palestin (Perkongsian Mavi Marmara), Masjid At-Taqwa Miri
  11. 29 Ogos 2010: Safari Ramadhan, Rmh Panjang Jonathan, Niah
  12. 30 Ogos 2010: Majlis Kesyukuran Sempena Kemerdekaan, Masjid At-Taqwa Miri
  13. 2 Sept 2010: Safari Ramadhan, Surau Darul Makmur, Kampung Tanjung Belipat, Niah
  14. 3 Sept 2010: Safari Ramadhan, Surau Darul Hijrah, Batu Telingai, Suai
  15. 4 Sept 2010: Safari Ramadhan, Masjid Sinaran, Kampung Ranchah-ranchah, Bekenu

 

Semua AMALian dan orang ramai dijemput turut serta dalam jaulah dakwah ini. Tentatif program Safari Ramadhan adalah seperti berikut:

  • 6.40 petang: Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Jamuan Makan
  • 7.30 malam: Tazkirah Ringkas, Solat Isya’ dan Tarawih berjamaah
  • 9.45 malam: Moreh/ Bersurai

Mudah-mudahan segala ‘amal dan ibadah yang kita laksanakan di dalam bulan yang mubarak ini akan mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT. Semoga kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Amiin Ya Rabb!

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

 

“WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH”

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Karnival Ibadah Ramadhan @ Masjid At-Taqwa

Saturday, August 7th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Karnival Ibadah Masjid At-Taqwa Miri

Malam Bersamamu Palestin 2010M-1431H

[Karnival Ibadah Ramadhan 1431H @ Masjid At-Tawa Miri]

AMAL Sarawak, Miri: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sukacita dimaklumkan insya Allah Masjid At-Taqwa Bandaraya Miri akan menganjurkan satu program yang dinamakan Karnival Ibadah sempena Ramadhan 1431H dengan kerjasama JAKIM-JAIS-Task Force-AMAL Sarawak. Berikut adalah senarai program yang akan dianjurkan:

  1. Sepanjang Ramadhan 1431H: Solat Tarawih Berjamaah, Tadarus Al-Qur’an dan  Tazkirah Zuhur
  2. 26 Ogos 2010: Semarak Ramadhan JAKIM Bersama Saudara Kita – Diskusi Ramadhan Bersama Haji Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah (Penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2009 Sabah), Klinik Al-Qur’an (Tahsin Surah Fatihah & ayat-ayat pilihan), Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Hafazan
  3. 26 Ogos 2010: Sambutan Nuzul Qur’an Peringkat Negeri Sarawak di Masjid At-Taqwa Miri
  4. 27 Ogos 2010: Seminar Nuzul Qur’an di Pustaka Miri
  5. 28 Ogos 2010: Pameran Kempen Jom Jauhi Zina
  6. 28 Ogos 2010: Majlis Khatam Al-Qur’an Task Force
  7. 28 Ogos 2010: Iftar Jama’ei Perdana Task Force
  8. 28 Ogos 2010: Malam Bersamamu Palestin (Perkongsian Mavi Marmara bersama Pak Jamal (Tuan Hj Jamuliddin Elias))
  9. 29 Ogos 2010: Qiammullail, Munajat Perdana dan Ceramah Peperiksaan Pelajar-pelajar Islam UPSR-PMR-SPM-STPM Miri
  10. 29 Ogos 2010: Ziarah AMAL ke Hospital Umum Miri

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

Firman Allah SWT (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diWAJIBkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA.” (Surah Al-Baqarah 2, ayat 183)

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net. 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Karnival AMAL & Ihya’ Ramadhan 1431H @ Miri

Wednesday, August 4th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Forum Perdana dan Majlis Perasmian Karnival AMAL 2010

Futsal AMAL 2010

Poster Munajat Perdana dan Jom Gerakkan Subuh

Malam Bersamamu Palestin 2010M-1431H

Jadual Berbuka Puasa 2010M-1431H (Miri)

[Karnival AMAL 2010 & Ihya' Ramadhan 1431H @ Miri]

AMAL Sarawak, Miri: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Miri akan menganjurkan Karnival AMAL 2010 & Ihya’ Ramadhan 1431H. Berikut merupakan pengisian-pengisian program yang akan dilaksanakan:

  1. 7 Ogos 2010: Futsal Jemputan AMAL di Gelanggang IKBN Miri 
  2. 7-8 Ogos 2010: Munajat dan Qiammullail Perdana bersama Ustaz Abu Bakar Bin Abd Aziz (Mantan Pegawai KAGAT) di Surau Al-Jawahir IKBN Miri 
  3. 8 Ogos 2010: Kursus Pengurusan Janazah (Terbuka) di Surau Al-Jawahir IKBN Miri 
  4. 8 Ogos 2010: Majlis Perasmian, Forum Perdana (Moderator: Ustaz Malsiron Rogikin (Pegawai JAIS Miri), Ahli Panel: Ustaz Sarip Adol (Pensyarah UMS) dan Ustaz Abu Bakar Bin Abd Aziz (Mantan Pegawai KAGAT) dan Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan di Masjid An-Nur, Pujut Tanjung Batu
  5. 9 Ogos 2010: Ceramah Menuju Gerbang Ramadhan bersama Tuan Haji Abdullah Abdul Ghani (Pengurus PCSB SKO) di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya
  6. 11-31 Ogos 2010: Safari dan Ihya’ Ramadhan 1431H – dengan kerjasama JAIS ke Masjid2/ Surau2 di Bahagian Miri 
  7. 14 Ogos 2010: Bengkel Tahfiz Al-Qur’an bersama Tuan Akmal Hakim Tuan Mazri Al-Hafiz (Mahasiswa Perubatan, Universiti Al-Azhar Mesir) di Pustaka Miri
  8. 21 Ogos 2010: Jom Gerakkan Subuh/ Munajat Perdana bersama Ustaz Haji Rosli Arup (Ketua Penolong Pengarah JAIS Zon Utara Sarawak) di Masjid An-Naim, Lutong
  9. 21 Ogos 2010: Penyampaian Sumbangan AMAL kepada pelajar-pelajar SMK Pujut Miri
  10. 21 Ogos 2010: Forum Remaja di ILP Miri/ SMK Agama Miri
  11. 26-29 Ogos 2010: Karnival Ibadah sempena Nuzul Qur’an di Masjid At-Taqwa Miri
  12. 29 Ogos 2010: Ziarah AMAL-PAPISMA ke Hospital Umum Miri
  13. Program Jualan Biro Ekonomi dan AMAL Charity Shoppe akan diadakan di semua venue program.

Sementara itu, satu program khas yang dinamakan Karnival Ibadah sempena Nuzul Qur’an 1431H anjuran bersama JAKIM-JAIS-Task Force-AMAL Sarawak-Masjid At-Taqwa akan diadakan bertempat di Masjid At-Taqwa Miri. Berikut adalah senarai program yang akan dianjurkan (maklumat lanjut di http://amalsarawak.net/?p=3584):

  1. 26 Ogos 2010: Semarak Ramadhan JAKIM Bersama Saudara Kita – Diskusi Ramadhan Bersama Haji Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah (Penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2009 Sabah), Klinik Al-Qur’an (Tahsin Surah Fatihah & ayat-ayat pilihan), Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Hafazan
  2. 26 Ogos 2010: Sambutan Nuzul Qur’an Peringkat Negeri Sarawak di Masjid At-Taqwa Miri
  3. 27 Ogos 2010: Seminar Nuzul Qur’an di Pustaka Miri
  4. 28 Ogos 2010: Pameran Kempen Jom Jauhi Zina
  5. 28 Ogos 2010: Majlis Khatam Al-Qur’an Task Force
  6. 28 Ogos 2010: Iftar Jama’ei Perdana Task Force
  7. 28 Ogos 2010: Malam Bersamamu Palestin (Perkongsian Mavi Marmara bersama Pak Jamal (Tuan Hj Jamuliddin Elias))
  8. 29 Ogos 2010: Qiammullail, Munajat Perdana dan Ceramah Peperiksaan Pelajar-pelajar Islam UPSR-PMR-SPM-STPM Miri

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

Firman Allah SWT (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diWAJIBkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA.” (Surah Al-Baqarah 2, ayat 183)

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Miri pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Shahrul Ramadhan Shuib (013-2821445), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242), Ustazah Hasnita Mohd Rejab (019-5566078) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net. 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Karnival AMAL & Ihya’ Ramadhan 1431H @ Bintulu

Wednesday, August 4th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Karnival AMAL Ramadhan - AMAL Bintulu 2010

Jadual Berbuka Puasa 2010M-1431H (Bintulu)

[Karnival AMAL Merdeka 2010 @ Bintulu (Edisi Ramadhan)]

AMAL Sarawak, Bintulu: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Bintulu akan menganjurkan Karnival AMAL Merdeka 2010 (Edisi Ramadhan 1431H). Berikut merupakan pengisian-pengisian program yang akan dilaksanakan:

  1. 7 Ogos 2010: Forum Di Ambang Ramadhan & Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan
  2. 8 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 1 ke Kampung Pandan, Sebauh
  3. 15 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 2 ke Kampung Sebauh
  4. 21 Ogos 2010: AMAL Eidul Ilmi (Remaja Meraikan Ramadhan)
  5. 22 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 3 ke Kampung Jepak
  6. 28 Ogos 2010: Qiammullail Mega
  7. 29 Ogos 2010: Pameran Kemerdekaan & Berbuka bersama  AMAL-BIC di Masjid As-Syakirin
  8. 30 Ogos 2010: Iftor Jam’ei & Ceramah Nuzul Al-Quran
  9. 31 Ogos 2010: Penutupan Rasmi & Penyampaian Sumbangan dari Tabung Infaq Ramadhan dan Iftor di Masjid Darul Hidayah

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bintulu dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

Firman Allah SWT (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diWAJIBkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA.” (Surah Al-Baqarah 2, ayat 183)

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Bintulu, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Ustaz Ibrahim Mat Isa (019-4535119), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Karnival AMAL & Ihya’ Ramadhan 1431H @Kuching

Wednesday, August 4th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ramadhan Mubarak 1431H

Kuliah Fiqh 1431H (Kuching)

Kuliah Dhuha 1431H (Kuching)

Jadual Berbuka Puasa 2010M-1431H (Kuching)

[AMAL Sarawak mengucapkan Ramadhan Mubarak!]

AMAL Sarawak, Kuching: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Kuching akan menganjurkan Program Penghayatan/ Ihya’ Ramadhan 1431H. Berikut merupakan antara program yang akan dilaksanakan:

  1. Forum Ambang Ramadhan pada 27 Sya’ban 1431H /7 Ogos 2010, selepas Maghrib bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya. Moderator: Dr Ridhuan (AMAL Sarawak). Ahli-ahli Panel: Ust Yazid Rajali (Pegawai Pendidikan Islam PPD Kota Samarahan) & Ust Azmi bin Shaari (Pendakwah Bebas)
  2. Kuliah Fiqh, Setiap Ahad mulai 15 Ogos 2010, 9.00 – 10.30 pagi di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya. Tenaga Pengajar: Ust Anuar Jusof, Kitab: Fiqh Manhaji Fekah Mazhab Syafie
  3. Kuliah Dhuha Muslimat, Setiap Ahad mulai 15 Ogos 2010, 9.00 – 10.30 pagi di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma. Pengkuliah: Ustazah Meriyusnita Rajab & Ustazah Julia Mohamadin
  4. Penerbitan Risalah Sinar Ramadhan, Tazkirah Ramadhan sekitar 10-15 minit sebelum Solat Terawih di Masjid/ Surau sekitar Bandaraya Kuching
  5. Iftar Jamaie bersama penduduk kampung bertempat di Masjid Kolong 2 pada 12 Ramadhan 1431H/ 22 Ogos 2010
  6. Sumbangan kepada Anak Yatim pada 18 Ramadhan 1431H/ 28 Ogos 2010 bertempat di Bangunan HPA Kuching
  7. Qiamullail Perdana pada 19 Ramadhan 1431H/ 29 Ogos 2010 bertempat di Masjid Taman Malihah.

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Kuching dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa puasa memberi syafaat kepada tuannya pada Hari Kiamat yang penuh dengan kecemasan dan ketakutan itu. Sabda Baginda Rasulullah SAW:

“Puasa dan Al-Qur’an memberi syafaat kepada hamba Allah pada Hari Kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Dan Al-Qur’an pun berkata, ‘Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Lalu syafaat keduanya diterima Allah.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Kuching pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Mohd Nor (019-8574578), Saudara Abdul Aziz (019-8874784), Saudara Syamsul Bahri (019-9617951), Ustaz Afnan Faiz Ridzuan (013-3789411) atau layari laman web www.amalsarawak.net.

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

Wallahu a’lam bissawab.

 “BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Siri Mengilmukan Diri & Memandaikan Masyarakat

Friday, July 9th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Seminar Kefahaman Tasawuf Julai 2010

[Seminar Kefahaman Islam - Penghayatan Tasawwuf dan Pemantapan Aqidah @ Miri, 10-11 Julai 2010. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Bina Budi Malaysia (BUDI) dan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak. Penyertaan PERCUMA. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.]

Siri Ceramah Ustaz Hasanuddin di Miri

[Siri Ceramah Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif) @ Miri, 11-13 Julai 2010. Program ini adalah anjuran bersama Aqsa Syarif Miri, JIM Miri, IKRAM Miri dan Jawatankuasa Masjid-masjid Miri. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. Palestin Tanggungjawab Kita Bersama!. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Perkembangan Terkini Surau AMAL Al-Azhar

Monday, July 5th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Perkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-AzharPerkembangan Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar

[Perkembangan Terkini Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar]

AMAL Sarawak, 23 Rejab 1431H: Alhamdulillahi kathiran! Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sarikei dan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak sedang mengusahakan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. 

 

Alhamdulillah, pada 3-4 Julai 2010 yang lepas, Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Saudara Muhtar Hj Suhaili bersama Saudara Mohd Ali Murad, Saudara Nuzul Adzwan Sulaiman dan Saudara Mohd Syukrani Addi Rizal Voon  telah sekali lagi turun padang ke Ulu Kota bagi tujuan pemantauan pembinaan Surau berkenaan. Turut hadir sama ialah Ketua Kaum Encik Azhar bin Abdullah dan penduduk Perkampungan Saudara Kita.

 

Untuk makluman, majlis pecah tanah tapak Surau berkenaan telah dijalankan pada 14 Februari 2010 yang lepas manakala penentuan arah Qiblat telah dibuat pada 12 Mac 2010 dan turut dihadiri oleh sukarelawan-sukarelawan AMAL serta pegawai-pegawai dari JAIS, HIKMAH dan Jabatan Tanah & Survei.

 

Menurut perjanjian dengan Kontraktor asal, pembinaan Surau ini dijangka siap pada Jun 2010. Alhamdulillah, sehingga kini hampir 60% daripada keseluruhan struktur Surau ini telah disiapkan.  Atas sebab-sebab tertentu dan demi kebaikan bersama, setelah perbincangan diadakan antara AMAL Sarawak dan Kontraktor, persetujuan telah dicapai untuk menamatkan perkhidmatan Kontraktor asal dengan membayar 55.8% daripada jumlah Kontrak yang telah dipersetujui. Tiada sebarang tuntutan daripada kedua-dua belah pihak disebabkan penamatan kontrak tersebut.

 

Melalui ziarah kali ini juga, satu Kontraktor baru yang diketuai oleh Encik Mambang Ak Mgpili telah dilantik untuk meneruskan pembinaan Surau ini sehingga siap. Keputusan ini dibuat atas syor Ketua Kaum Encik Azhar bin Abdullah dan turut dipersetujui oleh ahli rombongan yang hadir. Insya Allah, sepertimana yang telah dipersetujui dalam perjanjian dengan Kontraktor baru, Surau ini hendaklah disiapkan sebelum 31 Ogos 2010 iaitu sebelum Hari Raya ‘Eidul Fitri 1431H.

 

Sila baca juga catatan penuh Saudara Mohd Ali:

   - Expidisi Ulu Kota Siri 7: Mencari Redha Petara.

 

Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan pembinaan Surau AMAL Al-Azhar ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi masjid yang dibina atas dasar taqwa. (more…)

Siri Mengilmukan Diri & Memandaikan Masyarakat

Tuesday, June 22nd, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Ceramah Dr Danial Zainal Abidin di Bintulu Jun 2010

[Ceramah Dr Danial Zainal Abidin @ Bintulu, 26-27 Jun 2010. Program ini adalah anjuran bersama JAKSA, JAIS, JIM, PPI SMK Bandar,  UPMKB, Masjid Assyakirin, Masjid Darul Hidayah dan Tabung Baitulmal Sarawak. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.]

Ceramah Ustaz Zaharudin @ Miri 26-27hb Jun 2010

[Bicara Ilmiah Bersama Ustaz Hj Zaharuddin Abdul Rahman @ Miri, 26-27 Jun 2010. Program ini adalah anjuran bersama JAKIM, JAIS, PERKIM, Pustaka Miri, Masjid Darul Ehsan dan Tabung Baitulmal Sarawak. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. Masuk PERCUMA. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Strategies For Improving Da’wah Effectiveness

Friday, May 21st, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Sarawak Muslims Population 31%

AMAL Sarawak, 07 Jamadil Akhir 1431H: Alhamdulillah. Amal Foundation of Malaysia (AMAL) Sarawak Branch had participated in a Workshop on Strategies For Improving Da’wah Effectiveness on 7-9 May 2010 (22-24 Jamadil Awwal 1431H) organized by Islamic Information Center (www.sarawakiic.org.my) held at Pusat Latihan Sarawak JAKIM, Telaga Air, Kuching, Sarawak.

The 3-days workshop which was attended by representatives from  Islamic Information Center (IIC), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Urusetia Saudara Kita (USK) and Yayasan Amal Malaysia/ Amal Foundation of Malaysia (AMAL) was facilitated by Tuan Haji Mohd Adam Mohd Said, Group Chief Executive Officer (CEO) for MCMC Sd. Bhd., Irshad HR Consulting Sdn Bhd, Sage Consulting Sdn Bhd, MRCB Multimedia Consortium Sdn Bhd.

 

Among the Workshop Objectives are:

1. To provide a platform for Muslim intellectuals and professionals to discuss, deliberate and explore issues and concerns that impact the community,

2. To be engaged in strategic partnerships with other institutions, Islamic Non-Governmental Organizations (NGOs) and knowledge centers at the state, national and global level.

 

Various issues were discussed throughout the program which include defining core purpose, vision and mission, defining business goals – strategic planning, SWOT analysis and comprehensive collaboration between NGOs in ensuring the success of da’wah in Sarawak particularly and Malaysia at large.

 

(more…)

AMAL Sarawak Bantah Lesen Judi Piala Dunia

Thursday, May 20th, 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Sarawak Bantah Judi Piala Dunia

[Al-Quran Al-Karim menyebut: “Mereka bertanya kepada engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah, ayat 219)] 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”