Archive for the ‘Muktamar AMAL’ Category

Jawatankuasa AMAL M’sia Caw. S’wak 2011-2013

Tuesday, May 3rd, 2011

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Sarawak Kali Ke-2

 [Mesy. Agung Dwi-Tahunan Yayasan AMAL M'sia Caw. S'wak

AMAL Sarawak, Bintulu: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Kali Ke-2 telah berjaya dilaksanakan pada Ahad, 1 Mei 2011 bersamaan 28 Jamadil Awwal 1432H bertempat di Hotel Riverfront, Bintulu. Seramai 33 orang perwakilan dari Unit Kuching, Unit Miri, Unit Bintulu, Unit Sarikei, Sibu dan Selangau telah menghadiri Mesyuarat Agung tersebut. Tuan Haji Zaman Bin Abdullah, Bendahari Yayasan AMAL Malaysia telah hadir menyempurnakan perasmian program ini. Turut hadir ialah Saudara Muhtar Bin Hj Suhaili, Pengerusi AMAL Sarawak Sesi 2009-2011, Ustaz Mohd Sardi Bin Ismail, Pengarah Program Mesyuarat Agung, Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir, Pengetua Pusat Dakwah Serantau (PDS) dan Tuan Haji Alias Bakar dari Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Terengganu.

Sempena Mesyuarat Agung ini juga, pemilihan Jawatankuasa Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak bagi sesi 2011-2013 telah diadakan. Ustaz Ibrahim Bin Mat Isa telah diamanahkan sebagai Pengerusi AMAL Sarawak yang baru bagi menggantikan Saudara Muhtar Bin Hj Suhaili yang kini telah berpindah ke Lumut, Perak. Berikut merupakan senarai penuh Jawatankuasa AMAL Sarawak Sesi 2011-2013 yang telah dipilih:

Penasihat: Saudara Muhtar Hj Suhaili
Pengerusi: Ustaz Ibrahim Mat Isa
Timbalan Pengerusi: Saudara Mohd Ali Murad
Naib Pengerusi 1: Ustaz Mohd Asrin Awang Mustafa
Naib Pengerusi 2: Ustaz Malsiron Rogikin
Naib Pengerusi 3: Saudari Dayang Norsidah Awang Rashid
Setiausaha: Ustaz Zulkifli Yusof
Penolong Setiausaha: Saudari Hamim Hartini Mohamad
Bendahari: Saudara Mohd Hafeiz Jumeren
Penolong Bendahari: Saudara Mohd Taufiq Mohd Yusof

Ahli-ahli Jawatankuasa:
1. Saudara Ishack Abbas
2. Saudara Mohd Syukrani Addi Rizal Voon
3. Saudara Firdaus Mohamed
4. Saudara Mohd Junaidi Samsudeen
5. Saudara Alan Ya’akub Bentley
6. Saudari Kauthar Ibrahim

Selamat menjalankan amanah kepada semua pimpinan yang dilantik dan kepada sukarelawan bersama-samalah kita memastikan teras budaya AMAL dapat terus disebarluaskan khususnya di bumi Sarawak! Marilah kita terus berkomitmen dan bekerjasama ke arah menjayakan misi dan visi AMAL di Bumi Kenyalang ini. Semoga ALLAH SWT memberikan pertolongan, bimbingan dan hidayahNya buat kita semua. (more…)

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Sarawak

Friday, April 29th, 2011

Header Web AMAL Sarawak.jpg AGM AMAL Kali Ke-2 2011

[Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Kali Ke-2". Semua sukarelawan AMAL Sarawak dijemput hadir. Sebar-sebarkan.]

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Malaysia

Saturday, April 25th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

AMAL Malaysia, Kelana Jaya, 25 April 2009: Alhamdulillah! Yayasan Amal Malaysia (AMAL) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Ke-5 di Dewan Sri Jugra, Komplek Tabung Haji Kelana Jaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hassan Syukri selaku salah seorang Penasihat AMAL Malaysia.

 

Seramai hampir 180 orang hadir ke mesyuarat tersebut yang terdiri dari pemimpin masyarakat, pemimpin NGO, perwakilan dan pemerhati. Sebanyak 14 Cawangan seluruh negara telah menghantar Perwakilan. Negeri Sarawak buat julung kalinya menghantar wakil pada mesyuarat kali ini. Dianggotai oleh 6 orang wakil yang boleh dianggap paling muda sepanjang tempoh mesyuarat diadakan. Keunikan 2 negeri dari Kepulauan Borneo iaitu dari Sabah dan Sarawak mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan kerana mampu melaksanakan tugas-tugas dakwah dan kebajikan dengan prestasi yang membanggakan sehingga membolot 2 anugerah khas walaupun diketahui 2 negeri tersebut merupakan ‘anak bongsu’ dalam Yayasan Amal Malaysia.

 

Mesyuarat yang diadakan setiap dua tahun sekali ini berjaya diadakan dengan mesra dan mahabbah di kalangan sesama ahli, selaras dengan motto AMAL Malaysia ‘Beramal Kerana Allah’.

 

(more…)

Laporan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak

Monday, March 16th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Aturcara Majlis Muktamar AMAL Sarawak 2009

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, dengan keizinanNya Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Pertama pada hari Ahad, 18 Rabi’ul Awwal 1430H bersamaan 15 Mac 2009 bertempat di Dewan Khas, Masjid At-Taqwa, Bandaraya Miri.

Ahli Jawatankuasa Penganjur

(more…)

Perasmian Laman Web www.AMALSarawak.net Oleh Presiden Yayasan AMAL Malaysia

Sunday, March 15th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Kata-kata Aluan Presiden AMAL Malaysia

Presiden merasmikan www.amalsarawak.net sambil diperhatikan oleh Pengerusi Cawangan Sarawak 2009-2011, Sdr. Muhtar Suhaili dan Ketua Setiausaha Yayasan AMAL Malaysia, En. Abdul Hamid Seman.

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Sarawak

Wednesday, March 11th, 2009

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Poster Mesyuarat Agung AMAL Sarawak